nation-state | negara bangsa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang ditubuhkan berasaskan satu bangsa yang mempunyai pemerintah, kedaulatan dan sempadan yang jelas. Dalam negara ini, undang-undang dan dasar pemerintahan dibentuk sesuai dengan aspirasi atau kehendak bangsa yang menghuni negara tersebut. Negara bangsa dianggap sudah terbentuk apabila warganegaranya merasakan mereka merupakan satu bangsa yang mendukung tamadun dan budaya yang sepunya dan tidak lagi menonjolkan isu seperti tuntutan pemisahan wilayah, perbezaan dan konflik ras, minoriti, keterpinggiran dan diskriminasi. Walaupun wujud perbezaan kaum, agama atau bahasa dalam negara ini, kemajmukan ini masih boleh bersatu dalam satu bangsa. Namun begitu, kewujudan satu bangsa yang sepadu dalam sebuah negara agak sukar dicapai kerana dalam kebanyakan negara, isu-isu di atas masih wujud dan sukar diatasi. Contoh negara bangsa yang berjaya ialah Jepun dan Korea Selatan. |
colonial | kolonial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara atau bangsa yang menjajah masyarakat atau negara lain. Penjajah biasanya terdiri daripada bangsa atau negara yang kuat dari sudut ketenteraan, ekonomi, sosial dan politik. Konsep ini berkembang seiring dengan kemunculan konsep negara bangsa di Eropah pada abad ke-13 yang membawa kepada kemunculan beberapa bangsa atau negara yang melakukan penjajahan secara langsung terhadap masyarakat luar Eropah seperti di Afrika, Amerika Latin, Timur Tengah dan Asia dari abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Namun begitu, tidak semua bangsa atau negara Eropah itu penjajah. Contoh negara kolonial ialah Sepanyol, Perancis dan Great Britain. |
antistrophe | antistrofa | Kesusasteraan | Tiada | Frasa atau klausa dalam puisi yang diulang semula pengucapannya secara terbalik. contoh: "Bangsa untuk negara, negara untuk bangsa". |
cosmopolitan writing | penulisan kosmopolitan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya berbentuk analogi, sejajar serta sejagat merupakan suatu ciri yang ketara dalam penulisan kosmopolitan. Penulisan ini turut memaparkan isu masyarakat pendatang dan kesulitan yang dihadapi mereka untuk menyesuaikan diri dalam suatu budaya dan tempat asing. Contohnya, karya Colin MacInnes berjudul City of Spades (1957). Karya ini membicarakan persoalan remaja dan budaya pendatang kulit hitam di London. Antara penulis kosmopolitan Inggeris yang terkenal termasuklah Isabel Allende, bharati Mukherjee, Derek Walcott, Mario Vargas Llosa dan Gabriel Garcia Marquez. Istilah cosmopolitan berasal daripada gabungan bahasa Yunani kosmos bermaksud �dunia atau alam semesta� dan politicos bermaksud �rakyat�. |
territorial sea | laut wilayah | Sains Marin | Tiada | Ukuran melintang dari perairan pantai (aras air paling surut) yang memanjang 12 batu nautika (22.2 km; 13.8 batu) ke kawasan laut sesebuah negara. Takrifan ini terkandung dalam Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu tentang Undang-undang Laut 1982 juga dikenali sebagai Konvensyen Undang-undang Laut 1982. |
colony | tanah jajahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara atau masyarakat yang ditadbir secara langsung oleh bangsa atau negara lain. Negara ini tidak mempunyai kuasa politik untuk menentukan hala tujunya. Segala peraturan dan undang-undang ditentukan oleh penjajah. Fenomena tanah jajahan wujud semasa era penjajahan sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Pada era tersebut terdapat banyak tanah jajahan yang dikuasai oleh kuasa-kuasa besar seperti Great Britain, Perancis, Belanda, Sepanyol dan Portugis. Contohnya, Brunei Darussalam ialah bekas tanah jajahan Great Britain. |
nanoethics | nanoetika | Fizik | Nanoteknologi | Bidang yang berkaitan dengan etika penggunaan nanoteknologi yang dapat memberikan implikasi buruk terhadap masyarakat, terutama mengenai keselamatan terhadap manusia dan hidupan lain serta kesan terhadap alam sekitar. Beberapa organisasi dari negara maju yang disokong oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyediakan garis panduan etika penggunaan nanoteknologi termasuk yang melibatkan implikasi undang-undang. |
isolationist | pemencil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara atau kelompok masyarakat yang bertindak memisahkan hubungannya dengan negara, masyarakat dan badan dunia lain. Dasar luarnya tidak menyentuh pihak lain dan tidak juga menjemput perwakilan luar datang ke tempatnya. Bagi negara yang mengamalkan pemencilan ini, mereka tidak menganggotai sebarang pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Opec, Nato atau Komanwel. Tujuan pemisahan ini dilakukan kerana ideologi, budaya dan keselamatan. Contohnya, Republik Rakyat China telah lama menutup pintu terhadap kemasukan delegasi atau peniaga negara lain sejak menjadi komunis. Perubahan dasar China hanya berlaku pada dekad 1980-an. |
nation | bangsa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok masyarakat yang besar dan memiliki satu tamadun, budaya, bahasa, seni, sejarah, adat, tradisi serta identiti yang dikongsi bersama. Bangsa ini menduduki kawasan yang jelas sempadannya, mempunyai sentimen dan kepentingan bersama untuk hidup dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat seperti Jepun, Sweden, Norway dan Switzerland. Walaupun begitu, terdapat juga bangsa yang belum membentuk sebuah negara yang berdaulat seperti bangsa Kurdish. Bangsa ini terpisah dalam beberapa negara seperti yang terdapat di Iraq, Turki dan Mesir. |
secession | pemisahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan yang mahu memisahkan satu wilayah dalam sesebuah negara untuk menjadi sebuah negara yang baru dan merdeka. Gerakan ini wujud dalam sebuah wilayah yang memiliki satu identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti majoriti rakyat atau nasional negara tersebut seperti bahasa, agama, budaya dan warna kulit. Gerakan ini boleh bersifat penentangan bersenjata dan kekerasan yang sering berakhir dengan jumlah korban yang tinggi atau boleh juga secara sah melalui parti politik, NGO dan mengusulkannya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau badan antarabangsa yang diiktiraf. Contohnya, Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Tamil Eelam di Sri Lanka. |