Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata OKU


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
text-to-speech (TTS)teks kepada suara (TTS)UmumTiadaSistem yang menukarkan teks kepada suara untuk OKU penglihatan dan OKU pembelajaran supaya mereka dapat mendengar paparan teks di skrin. Sistem ini juga digunakan untuk membantu OKU pertuturan berkomunikasi.
information barrierhalangan maklumatUmumTiadaMaklumat yang tidak dapat diakses sepenuhnya oleh OKU. Contohnya, tiada jurubahasa isyarat untuk OKU pendengaran atau tiada dokumen dalam format Braille bagi OKU penglihatan.
independent livingkehidupan berdikariUmumTiadaKemampuan OKU menguruskan kehidupan sendiri melalui penyediaan sistem sokongan yang menepati dan memenuhi keperluan OKU.
attitudinal barrierhalangan sikapUmumTiadaSikap, pemikiran dan tingkah laku negatif yang menyekat penyertaan penuh OKU dalam aktiviti kehidupan seharian. Contohnya, diskriminasi majikan terhadap OKU dalam mendapatkan peluang pekerjaan.
access auditaudit aksesUmumTiadaPenilaian ke atas bangunan atau kemudahan yang dilakukan oleh pakar bersama-sama dengan penilai OKU bagi memastikan keperluan pengguna OKU dipenuhi.
systemic barrierhalangan sistemikUmumTiadaSistem, dasar, undang-undang, peraturan dan organisasi yang tidak anjal sehingga menyekat penyertaan penuh OKU dalam masyarakat. Contohnya, prosedur latihan kebakaran yang tidak mengambil kira keperluan OKU dalam situasi kecemasan.
positive discriminationdiskriminasi positifUmumTiadaAmalan atau dasar yang memihak kepada individu yang tergolong dalam sesuatu kumpulan rentan seperti OKU, warga emas dan wanita hamil. Contoh diskriminasi positif ialah menyediakan kaunter khas untuk OKU. Sinonim reverse discrimination.
tactile surfacepermukaan sentuhKesenianSeni BinaKemasan pada laluan lantai yang digunakan sebagai penunjuk jalan bagi orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami masalah cacat penglihatan. Sentuhan dengan menggunakan tongkat pada laluan lantai tersebut akan memberikan maklumat kepada mereka mengenai arah perjalanan yang perlu diikuti. Lazimnya, kemasan tersebut akan dipasangkan pada laluan yang selamat dan mudah dilalui oleh OKU tersebut. Kini, selain negara maju, negara sedang membangun juga telah meletakkan syarat kemudahan penunjuk jalan untuk OKU penglihatan pada pembangunan persekitaran seperti landskap perbandaran serta bangunan-bangunan awam.
tactile warningamaran sentuhKesenianSeni BinaBerkaitan dengan corak permukaan pada laluan lantai untuk kemudahan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan, yang berbentuk kubah leper atau kon yang mempunyai puncak terpotong, yang boleh dikesan menggunakan tongkat panjang atau melalui rabaan kaki. Corak permukaan seperti ini dapat memberi amaran kepada OKU tersebut bahawa mereka sedang melalui jalan-jalan yang berbahaya atau tempat kenderaan menurunkan penumpang. Dengan mengetahui adanya laluan tersebut, mereka diperingatkan supaya berhati-hati semasa melalui jalan tersebut.
person with physical disabilityOKU fizikalUmumTiadaIndividu yang mengalami kurang upaya kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh kehilangan, ketiadaan atau lemah anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya.
123456

Kembali ke atas