Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Oroxylum indicum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Oroxylum indicumBeka, bonglai kayu, kulaiPertanianTiadaTumbuhan jenis pokok dalam famili Bignonaceae juga dikenali sebagai bonglai kayu dan kulai. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di tepi sungai dan kawasan lembab. Batangnya tegak dengan daunnya jenis bipinat tertumpu di bahagian hujung batang. Bunganya berbentuk corong, bersaiz besar dan berwarna putih. Tangkai bunganya tumbuh tegak di hujung batang. Buahnya jenis folikel dan bijinya leper bersayap putih. Akar dan kulit batangnya digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, cirit-birit, sembelit, sakit perut dan sakit sendi. Daun digunakan untuk mengubati demam, sakit perut, bengkak otot dan sakit kepala. Bunga dan buah muda boleh dimakan sebagai sayur dan ulam.
Oroxylum indicumbekaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Bignonaceae yang dikenali juga sebagai bonglai kayu dan kulai. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di tepi sungai dan kawasan lembap. Batangnya tegak dengan daunnya jenis bipinat tertumpu di bahagian hujung batang. Bunganya berbentuk corong, bersaiz besar dan berwarna putih. Tangkai bunganya tumbuh tegak di hujung batang. Buahnya jenis folikel dan bijinya leper bersayap putih. Akar dan kulit batangnya digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, cirit-birit, sembelit, sakit perut dan sakit sendi. Daunnya digunakan untuk mengubati demam, sakit perut, bengkak otot dan sakit kepala. Bunga dan buah mudanya boleh dimakan sebagai sayur dan ulam.
inflorescencejambak bungaHerbaBotani dan BioteknologiBahagian pokok yang mengandungi sekelompok atau gugusan bunga. Terdapat beberapa jenis jambak bergantung pada susunan bunga. Contohnya, jambak jenis panikel seperti mangga (Mangifera indica), jenis spika seperti pokok ekor kucing (Acalypa hispida), jenis rasem seperti pokok beka (Oroxylum indicum), jenis umbel seperti bunga tahi ayam (Lantana camara), jenis spadiks seperti kelemoyang (Homalomena sagitifolia), jenis kapitulum seperti bunga matahari (Helianthus annuus) dan jenis katkin seperti rambai (Baccaurea motleyana).

Kembali ke atas