ratio of compressibility factor | nisbah faktor kemampatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah faktor kemampatan adiabatik terhadap faktor kemampatan isoterma yang dijelaskan sebagai ks /kt = CV/CP, dengan ks = faktor kemampatan adiabatik (1/Pa), kt = faktor kemampatan isoterma (1/Pa), CV = kapasiti haba isi padu malar (J/mol K), CP = kapasiti haba tekanan malar (J/mol K), Bagi sistem yang stabil, ks < kt. |
ba yin | ba yin | Muzik | Tiada | Sistem pengelasan alat muzik di negara China yang berasaskan lapan jenis bahan, iaitu batu, logam, kulit, kayu, buluh, labu, sutera dan tanah liat Ba yin bermaksud lapan bunyi. Contoh alat muzik berasaskan kulit saperti gu (dram), berasaskan sutera seperti zheng (ziter) dan berasaskan buluh seperti di (ftut). Sinonim pa yin. |
solfege | solfege | Muzik | Tiada | Sistem latihan vokal yang menggunakan nama tertentu bagi setiap not dalam sesuatu skel. Contohnya, solfege bagi muzik Barat ialah do, re, mi, fa, so, la, ti. Solfege bagi muzik India ialah sa, re, ga, ma, pa, dha, ni. Solfege bagi muzik Bali pula ialah ding, dong, deng, dung, dang. Sinonim solfegio, solfegro. |