patient administration system (PAS) | sistem pentadbiran pesakit (PAS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang menyediakan capaian pada maklumat lengkap pesakit mengenai aktiviti sistem kesihatan. Sistem ini membolehkan pengurusan pesakit dijalankan secara efisien, responsif, fleksibel dan mesra pengguna. Komponen penting dalam sistem ini meliputi aplikasi pendaftaran pesakit, pengurusan sumber dan hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran rawatan. |
periodic commuting arrangement | pengaturan ulang alik berkala | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Skim yang membenarkan penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan memasuki negara terbabit untuk bekerja. |
vaginal secretion | rembesan vagina | Sains Forensik | Tiada | Cecair yang dirembeskan oleh vagina. Analisis cecair ini penting apabila objek asing telah dimasukkan ke dalam vagina seperti dalam kes deraan atau serangan seksual. Ahli forensik serologi menganalisis cecair ini menggunakan bahan uji asid periodik-Schiff (PAS) dengan mewarnakan sel epitelium berglikogen yang hadir dalam cecair vagina kepada warna merah. |
popular vote | undi popular | Sains Politik | Politik Perbandingan | Undi yang diperoleh oleh calon atau parti dalam pilihan raya. Undi ini dilihat dari sudut jumlah keseluruhan yang diperoleh tanpa mengira kawasan pilihan raya. Ia berbeza dengan undi elektoral yang melihat dari sudut kawasan. Contohnya, parti PAS mungkin mendapat lapan peratus sahaja kerusi parlimen dari jumlah kerusi dalam satu pilihan raya walaupun mungkin mendapat 40 peratus dari jumlah undi. Jumlah undi popular yang diperoleh tidak semestinya menggambarkan undi elektoral atau jumlah kerusi yang dimenangi. |
opposition party | parti pembangkang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik bukan kerajaan yang bergerak untuk bersaing dengan parti pemerintah, menyemak perjalanan pentadbiran kerajaan dan berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan. Konsep parti pembangkang tidak sahaja terbatas kepada parti yang memiliki kerusi di dewan perwakilan tetapi juga parti pembangkang yang tidak memiliki sebarang kerusi perwakilan. Parti pembangkang juga boleh bergerak secara sendirian atau gabungan. Contohnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Rakyat Malaysia. |
state | pemerintah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Institusi pemerintahan yang absah yang menguasai serta melaksanakan kuasa pentadbiran terhadap masyarakat. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan tetapi tidak tepat untuk mengatakan kerajaan itu sama dengan pemerintah. Kerajaan merupakan sebahagian daripada pemerintah. Kerajaan boleh berubah apabila tewas di dalam pilihan raya tetapi institusi pemerintah tetap kekal. Pemerintah merangkumi kerajaan serta semua agensi seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Pemerintah ini juga mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati serta mempunyai autoriti ke atas masyarakat. Contohnya, kerajaan negeri Terengganu berubah daripada kerajaan PAS kepada kerajaan BN pada pilihan raya 2004 tetapi agensi pemerintahannya tetap kekal. Sinonim negara. |
swing district | wilayah berpindah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan yang selama ini merupakan kubu kuat kepada sesuatu parti dan secara tiba-tiba berpindah sokongan kepada parti lain. Secara tradisinya wilayah ini akan memberi sokongan kepada parti tersebut untuk terus menang dalam sebarang pemilihan pada setiap pilihan raya. Apabila kawasan ini berpindah sokongan kepada parti lain, maka ia disebut sebagai wilayah berpindah. Contohnya, negeri Terengganu pada pilihan raya 1999 dapat dianggap sebagai wilayah berpindah apabila rakyatnya menukar sokongan kepada parti PAS. |
swing vote | undi beralih | Sains Politik | Politik Perbandingan | Undi yang berpindah secara besar-besaran dari satu pihak kepada pihak lain. Perpindahan undi yang besar ini berlaku kerana faktor-faktor seperti kemelesetan ekonomi, konflik kepimpinan yang berlaku atau pentadbiran yang lemah sehingga menyebabkan pengundi secara beramai-ramai mengalihkan sokongan mereka kepada pihak lain. Keadaan ini boleh menyebabkan satu kawasan yang biasanya menjadi penguasaan suatu parti itu tewas dan mula dikuasai oleh parti lain. Contohnya, undi kepada parti PAS Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berpindah kepada BN pada tahun 2004. Sinonim undi berpindah. |
rightist | puak kanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan yang cenderung kepada fahaman konservatif. Golongan ini tidak suka kepada tindakan radikal atau perubahan besar yang mendadak. Mereka lebih cenderung kepada pengekalan status quo dan pemeliharaan tradisi masyarakat yang sedia ada dan dalam keadaan tertentu bersifat perkauman yang bergerak untuk memelihara kepentingan kaumnya. Kumpulan ini juga boleh bersifat ekstrem kaum seperti golongan fasis Nazi atau gerakan Ku Klux Klan yang rasis tetapi boleh juga bersifat sederhana seperti UMNO dan MCA. Ia berbeza dengan golongan kiri yang cenderung kepada perjuangan untuk kelas bawahan dan mahukan perubahan radikal dalam masyarakat. Contohnya, dalam politik Malaysia, UMNO dan PAS merupakan golongan kanan manakala Parti Rakyat Malaya pula merupakan golongan kiri. |
splinter party | parti serpihan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik yang ditubuhkan hasil daripada perpecahan sebuah parti yang besar. Parti ini biasanya bersaiz kecil dan tidak mendapat sokongan yang besar serta sukar menyaingi parti yang sudah terkenal. Parti ini juga dibayangi dan dipimpin oleh seorang tokoh tertentu yang keluar daripada parti asal. Parti ini biasanya tidak dapat bertahan lama apabila pemimpinnya sudah tiada lagi atau ideologinya tidak dapat diterima masyarakat. Contohnya, Hamim yang dipimpin oleh Datuk Mohd. Asri dan Berjasa yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Nasir merupakan parti serpihan yang terhasil daripada krisis dalam PAS pada tahun 1977. |