balanced development | pembangunan seimbang | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha pembangunan menyeluruh yang mengimbangi antara keperluan manusia dengan keperluan untuk melindungi persekitaran. Pembangunan seimbang merangkumi pembangunan fizikal dan material, rohani dan jasmani demi kesejahteraan sejagat secara holistik. Pembangunan ini turut melibatkan pembangunan politik, pembangunan ekonomi, kesaksamaan sosial, penjagaan kualiti alam sekitar, pemuliharaan sumber, pembangunan bandar dan luar bandar dan sebagainya. Pembangunan seimbang biasanya akan melibatkan peruntukan yang besar bagi menjamin kelangsungan yang sempurna. |
aspect-oriented software development | pembangunan perisian berorientasikan aspek | Teknologi Maklumat | Perisian | Pendekatan pembangunan perisian yang menggabungkan pembangunan berasaskan komponen dan pembangunan umum yang melibatkan saling pemangkasan. Saling pemangkasan yang dikenal pasti dalam pembangunan perisian ini dikenali sebagai aspek. Satu atur cara yang khusus akan meneliti aspek ini dan meletakkannya pada lokasi yang bersesuaian dalam atur cara tersebut. |
urban infill | pembangunan pengantaraan | Kesenian | Seni Bina | Pembangunan sesuatu tapak di kawasan persekitaran yang telah dimajukan atau pembangunan semula sesuatu bangunan yang telah ditinggalkan, atau pembangunan baharu untuk kawasan yang telah ketinggalan dari arus pembangunan. Contohnya, pembangunan rumah kedai yang telah hampir roboh di kawasan kedai-kedai lain yang berhampiran. |
mixed-use development | pembangunan guna campur | Kesenian | Seni Bina | Kaedah pembangunan yang menggabungkan aspek pembangunan kediaman dengan aspek komersial. Penggabungan ini melibatkan pembangunan kediaman dan komersial yang dizonkan mengikut kegunaan. Kawasan bandar, subbandar atau perumahan yang menggunakan pembangunan bercampur dapat menyesuaikan fungsi-fungsi fizikalnya secara bersepadu. Contohnya, pembangunan di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur yang padat dengan bangunan kormersial, masih mempunyai zon-zon kediaman yang hanya menggunakan laluan pejalan kaki sebagai penghubung. |
polarized development | pembangunan berkutub | Sosiologi | Tiada | Pembangunan berkutub: Bentuk pembangunan yang bertumpu di pusat pembangunan. |
regional development | pembangunan wilayah; pembangunan serantau | Geografi | Tiada | Pertumbuhan ekonomi dan kebudayaan di dalam sesuatu kawasan. |
interim development | pembangunan sementara/pembangunan interim | Geografi | Tiada | Tiada |
regional development | pembangunan wilayah; pembangunan serantau | Sains Politik | Tiada | Tiada |
interim development | pembangunan sementara/pembangunan interim | Kesenian | Tiada | Tiada |
alternative development | pembangunan alternatif | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sistem pembangunan yang dilaksanakan oleh pemerintah sebagai pilihan dalam membuat sesuatu perubahan yang mencakupi pembangunan fizikal dan material bagi meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan masyarakat. Pembangunan alternatif biasanya dilaksanakan bagi menggantikan bentuk pembangunan yang telah dilancarkan tetapi kurang berkesan. Contohnya, pembangunan bandar dengan sistem lama perlu ditukar kepada sistem bandar baru yang lebih terancang. |