tertulia | tertulia | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis salon sastera Sepanyol yang menggantikan akademi sastera formal pada abad ke-18. Salon tertulia juga wujud di Filipina, khususnya dalam kalangan elit yang mendapat pendidikan Sepanyol. Majlis tertulia Filipina yang tipikal sebelum Perang Dunia Kedua digambarkan dengan jelas dan menarik dalam drama tersohor berjudul A Portrait of the Artist as Filipino oleh Nick Joaquin. Tertulia dipercayai berasal daripada perkataan tertuliantes bermaksud �golongan berpelajaran atau paderi dalam kalangan penggemar teater�. Golongan ini dikenali sebagai tertuliantes kerana sering memetik kata-kata Tertulian, salah seorang pengarang unggul Kristian yang menulis dalam bahasa Latin. Beliau menulis karya berjudul Apologeticus serta beberapa karangan tentang kehidupannya sebagai seorang Kristian. Selain itu, tertulia merupakan tempat duduk utama yang terletak pada bahagian atas atau galeri di dalam teater. |
national integrity | keutuhan bangsa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Ketahanan sesebuah negara yang dipelihara dengan baik. Ketahanan ini memberi imej yang positif dalam bidang ekonomi, sosial atau politik. Integriti tercapai apabila ekonominya maju, rakyat hidup bersatu, perkembangan politik yang stabil dan tidak menghadapi masalah dengan negara lain. Contohnya, Jerman selepas Perang Dunia Kedua memiliki integriti nasional yang baik dan mantap. |
cellar | bilik bawah tanah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang yang terletak di aras bawah tanah sesebuah rumah atau bangunan. Ruang ini dikelilingi oleh dinding asas, sesuai dijadikan sebagai stor barang dan tempat penyimpanan minuman keras kerana mempunyai suhu yang sekata sepanjang tahun. Di negara Barat, bilik ini digunakan sebagai tempat perlindungan semasa Perang Dunia Kedua dan ketika terjadinya taufan besar. Bilik bawah tanah lebih popular pada rumah lama berbanding dengan rumah masa kini. |
Organization for Economic Cooperation and Development(OECD) | Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi | Sains Politik | Tiada | Organisasi ini ditubuhkan pada tahun 1961, menggantikan Organisasi Kerjasama Ekonomi Eropah yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Organisasi ini ditubuhkan untuk menyelaras Rancangan Marshall yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Organisasi ini mempunyai 29 negara anggota, iaitu Australia, Austria, Belgium, Kanada, Czechoslovakia, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Great Britain, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Jepun, Korea, Luxembourg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat. Negara anggota organisasi ini mengadakan kerjasama untuk meningkatkan ekonomi, memberi bantuan kepada negara yang belum maju dan menyumbang kepada perluasan perdagangan dunia. Agensi yang beroperasi di bawah organisasi ini ialah Pusat Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi, Pusat Pembangunan dan Agensi Tenaga Nuklear Eropah yang kesemuanya beribu pejabat di Paris. Sinonim OECD. |
align | bersekutu | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan individu, organisasi atau negara yang bersetuju untuk bekerjasama secara sementara dalam menangani sesuatu masalah yang timbul Pakatan tersebut melibatkan kepentingan bersama apabila wujud ancaman oleh pihak tertentu. Negara yang terancam bersetuju untuk mewujudkan tindakan yang bersifat bersekutu bagi menghadapi ancaman. Contohnya, pihak bersekutu yang dibentuk sewaktu Perang Dunia Kedua antara Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis bagi menghadapi ancaman Jerman, Itali dan Jepun. |
coalition | campuran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gabungan beberapa puak, kelompok, organisasi atau parti yang membentuk satu unit politik bagi menghadapi atau mencapai sesuatu matlamat sepunya seperti membentuk kerajaan, menghalang ancaman musuh atau mengurangkan konflik sesama mereka. Fenomena gabungan biasanya wujud dalam sistem Parlimen moden apabila tidak ada satu parti tunggal yang berjaya mendapat majoriti yang jelas bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya. Kestabilan gabungan amat bergantung kepada rundingan dan bentuk pengagihan kuasa yang dipersetujui. Gabungan juga wujud dalam konteks hubungan antarabangsa khususnya kuasa-kuasa besar seperti yang pernah berlaku sewaktu Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Secara amnya gabungan mempunyai tiga bentuk yang utama iaitu yang bersifat sementara bagi mencapai matlamat segera, yang bersifat jangka masa tertentu dan gabungan yang berbentuk konkrit bagi satu tempoh yang lama. Contohnya, Barisan Nasional merupakan gabungan beberapa parti politik yang membentuk kerajaan Malaysia. |
off-broadway | off-broadway | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan teater di auditorium yang terletak di luar kawasan Broadway, New York. Persembahan teater ini memaparkan karya baharu dan eksperimental. Kos persembahannya rendah dan biasanya tidak mempunyai jumlah penonton yang ramai. Persembahan teater Off-Broadway muncul sebagai reaksi kepada peningkatan kos persembahan di Broadway dan kekurangan panggung persembahan. Persembahan ini merosot selepas tahun 1930-an, tetapi kembali aktif ketika Perang Dunia Kedua. Pada masa ini, pementasan Off-Broadway merupakan salah satu kegiatan teater yang penting di Amerika Syarikat. |
Aligned Nations | Negara-Negara Bersekutu | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pakatan sementara yang dibentuk oleh beberapa negara yang mempunyai matlamat yang hampir sama dan sejajar. Pakatan ini terbentuk apabila wujud ancaman terhadap kepentingan bersama. Selain itu, pakatan ini juga bersifat semikonkrit apabila tidak wujud satu dasar yang kukuh mengikat anggota ini. Dalam erti kata lain, pakatan ini tidak memiliki satu bentuk struktur organisasi atau tadbir urus yang jelas. Contohnya, Pihak Bersekutu sewaktu Perang Dunia Kedua yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis. |
sovereign state | negara berdaulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang merdeka, bebas daripada penguasaan luar, berupaya memerintah sendiri dan dihormati oleh negara lain. Negara ini memiliki kuasa sendiri terhadap pemerintahannya dan merupakan lambang kedaulatan yang utama. Negara berdaulat ini bebas melaksanakan dasar dalam dan luar negaranya dan membuat hubungan diplomatik dengan negara lain. Negara berdaulat banyak muncul di Asia dan Afrika selepas Perang Dunia Kedua. Contohnya Malaysia, India dan Indonesia. |
totalitarian | totalitarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan pemerintahan yang berasaskan penguasaan ketat rejim politik terhadap individu supaya tunduk kepada pemerintah. Keadaan ini berlaku dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pengeluaran, pendidikan, pentadbiran atau ruang sosial. Persaingan politik tidak terdapat di sini seperti kehadiran parti pembangkang, NGO yang bebas, gerakan pelajar atau pilihan raya yang bebas. Penguasaan dalam pemerintahan ini dilakukan secara kekerasan undang-undang yang menekan termasuklah censorship (penapisan) dan terrorisme. Keadaan politik seperti ini dikatakan juga sebagai bersifat kediktatoran, autoritarian dan despotik. Contohnya, keadaan Jerman di bawah pemerintahan Hitler semasa Perang Dunia Kedua bersifat autoritarian. |