oracle | nujum | Kesusasteraan | Tiada | Watak Tok Nujum yang dapat meramalkan masa hadapan dalam karya sastera. Watak ini biasanya ditemui dalam karya drama. Ramalan nujum boleh mencorak nasib watak dan menggerakkan aksi dramatik. Dalam tragedi Yunani, ramalan tersebut dikenali sebagai oracle yang menjadi saluran untuk menyampaikan ramalan kepada dewa. Raja dan watak utama dalam tragedi Greek selalunya meminta nujumnya merujuk kepada Dewa Apollo untuk mengetahui nasib dan ramalan masa hadapan. |
prediction/ forecast | ramalan | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT. |
social forecasting | ramalan sosial | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Jangkaan keadaan sosial pada masa hadapan berdasarkan pendekatan tertentu. |
crop forecast | ramalan hasil tanaman | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
self-fulfilling prophecy | ramalan sempurna kendiri | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jangkaan individu tentang sesuatu hal, peristiwa atau individu lain, yang tanpa disedari mempengaruhi kelakuan atau tindakan individu itu sehingga menyebabkan hal itu benar-benar berlaku seperti yang dijangkakan. Contohnya, seseorang yang dianggap akan menjadi penjenayah, akhirnya terjebak dalam aktiviti jenayah. |
prognosis | prognosis | Perubatan | Psikiatri | Ramalan tentang penyembuhan sesuatu penyakit, terutama setelah pesakit menjalani rawatan. |
guidance hypothesis | hipotesis panduan | Sains Sukan | Biomekanik | Ramalan yang menyatakan bahawa maklum balas luaran yang terlalu banyak diterima semasa menjalani latihan boleh menjejaskan proses pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Keadaan ini berlaku kerana situasi ini mengakibatkan pelatih terlalu bergantung pada maklum balas luaran yang menyebabkan kemahiran analisis kendiri tidak berkembang. Lihat juga kemahiran motor. |
delphi method | kaedah delphi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kaedah membuat ramalan berdasarkan pertimbangan gerak hati dengan hanya menggunakan soal selidik secara urutan. |
animal breeding | pembiakbakaan haiwan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Suatu cabang sains haiwan yang menekankan penilaian menggunakan kaedah ramalan saksama linear terbaik atau cara lain untuk menilai genetik ternakan. Sains pembiakbakaan haiwan didefinisikan sebagai penggunaan prinsip genetik dan biometri untuk mempertingkat kecekapan pengeluaran haiwan ternakan. Pembiakbakaan haiwan juga melibatkan proses mengawan terpilih haiwan yang mempunyai ciri genetik yang diingini untuk mengekalkan atau mempertingkat ciri ini pada generasi akan datang. Contohnya, kadar tumbesaran, penghasilan daging, susu dan telur. |
putative gene | gen andaian | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Gen yang diramalkan mempunyai fungsi yang sama dengan homolognya, tetapi tiada bukti eksperimen untuk menyokong ramalan fungsi tersebut. |