coup d�Etat | rampasan kuasa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera atau pihak awam untuk menjatuhkan kerajaan. Rampasan kuasa biasanya dilakukan oleh kelompok kecil kepimpinan tentera atau pihak awam melalui konspirasi politik terancang. Rampasan kuasa biasanya menggunakan taktik mengawal bahagian penting ketenteraan dan memastikan bahagian lain perkhidmatan bersifat berkecuali. Kumpulan utama ketenteraan ini menyingkirkan kepimpinan kerajaan, mengawal bahagian penting jentera kerajaan, saluran komunikasi seperti stesen televisyen dan radio, dan infrastruktur penting seperti perkhidmatan bekalan tenaga elektrik. Contohnya, pada zaman tradisional, rampasan kuasa pernah berlaku dalam empayar Rom. Pemerintah empayar Rom umpamanya Caligula dan penggantinya Claudius telah memegang tampuk pemerintahan melalui rampasan kuasa. Pada masa kini, rampasan kuasa kerap terjadi di negara membangun seperti Afrika, Amerika Latin dan Asia. Rampasan kuasa juga berlaku di beberapa negara di Eropah dan Pasifik. Contohnya, rampasan kuasa di Pakista |
coup d'Etat | rampasan kuasa/kudeta/coup d'Etat | Sains Politik | Tiada | - |
coup d�Etat | kudeta | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Lihat rampasan kuasa. |
coup d'etat | coup d'etat | Sejarah | Tiada | Pertukaran kuasa yang berlaku secara kekerasan atau rampasan kuasa biasanya oleh pihak tentera. |
revolutionary | revolusioner | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan atau aktiviti bersifat revolusi yang bertujuan mengubah sistem yang wujud secara menyeluruh, terutama dalam kaedah pemerintahan apabila penggantian kuasa dilakukan secara kekerasan. Contohnya, pemberontakan dan rampasan kuasa yang dilakukan untuk menggulingkan sesebuah kerajaan. |