mythopoeia | mythopoeia | Kesusasteraan | Tiada | Mitos ciptaan oleh pengarang dalam sastera moden. Contohnya mitos Pulau Ogonshoto dalam Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan. |
cosmic disaster story | cerita malapetaka kosmik | Kesusasteraan | Tiada | Cerita atau fiksyen sains yang memperihalkan malapetaka yang memusnahkan dunia atau alam semesta. Malapetaka dicetuskan oleh bencana alam atau kebodohan manusia atau kedua-duanya. Contohnya, cerita tentang peperangan nuklear. Istilah cerita malapetaka kosmik ini dicipta oleh Kingsley William Amis. Dalam cerpen �Tik, Tik, Tik,� oleh Anwar Ridhwan, bom atom yang mungki8n meletup dijadikan sebagai alat satira untuk mengkritik kejahilan manusia. |
alienation effect | kesan keterasingan | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan khalayak dan pelakon yang perlu mengekalkan jarak kritikal semasa persembahan drama. Khalayak perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah lakonan semata-mata dan sepatutnya boleh membezakan antara ilusi dengan realiti. Justeru, khalayak seharusnya tidak mengidentifikasikan diri mereka dengan pelakon. Pelakon perlu mengekalkan jarak dengan watak yang dilakonkan agar penonton tidak menyerapkan dirinya ke dalam watak itu. Oleh itu, pelakon menjadi lebih kritis terhadap watak yang dilakonkannya. Hal ini berbeza dengan konsep Dramatic Theatre Aristotle yang membawa penonton ke dunia ilusi. Penonton terlalai sehingga menerima apa yang berlaku di atas pentas sebagai realiti. Kesan keterasingan merupakan unsur penting dalam teori drama Bertolt Brecht. Untuk melahirkan kesan pengasingan ini, Brecht mendedahkan mekanisme pentas dengan menggunakan lagu atau ucapan untuk memisahkan setiap episod dalam persembahannya agar penonton bertindak lebih wajar dan kritikal. Kesan keterasingan ditemui dalam drama Anwar Ridhwan bertajuk Yang Menjelma dan Yang Menghilang. |
translation | terjemahan | Kesusasteraan | Tiada | Proses pemindahan daripada bahasa yang digunakan dalam teks (bahasa sumber) ke dalam bahasa lain (bahasa sasaran). Terjemahan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah berdasarkan tiga prinsip umum yang berlainan seperti yang berikut: (a) Terjemahan perlu merujuk teks asal dari segi bentuk, prosodi, dan leksikon. (b) Nilai sastera tidak sepenting isinya, dan nilai ini tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya, (c) Kesan kesusasteraan teks dalam karya terjemahan dianggap penting. Oleh itu, bentuk, prosodi dan leksikon boleh diubahsuai mengikut budaya dan kesesuaian bahasa sasaran. Melalui ketiga-tiga prinsip tersebut, terjemahan boleh dihasilkan secara literal, longgar, atau diadaptasikan. Terjemahan literal melibatkan pemindahan bahasa pada tahap perkataan tanpa menghiraukan perbezaan sistem ungkapan dan imejan antara sumber dengan bahasa sasaran. Terjemahan longgar pula mengekalkan nada, semangat dan kesan penulisan sesebuah teks, kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan atau mengkrompromikan �kesetiaan� terhadap teks asal. Terjemahan yang diadaptasikan merupakan terjemahan paling longgar kerana melibatkan penulisan semula yang mengekalkan ciri karya asal secara umum dan meluas. Contoh karya terjemahan ialah novel Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan yang diterjemahkan ke bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev berjudul Bili i Ne bili Ostorovov Oghonshoto, novel Ustaz karya S. Othman Kelantan di terjemahkan ke bahasa Arab oleh Sultan Ahmad dan Mujahid Mustafa Bahjat berjudul al-Ustadh. Contoh dalam sastera Arab ialah novel Shikaju oleh �Ala� al-Aswani diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Farouk Abdel Wahab berjudul Chicago, manakala contoh karya Turki ialah novel Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh Atta Verin berjudul Namaku Merah Kirmizi dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Erdag M. Goknar berjudul My Name is Red. |