cake consistency | kekonsistenan kek | Kejuruteraan | Petroleum | Sifat kekonsistenan kek lumpur yang terbentuk menurut piawai API RP 13B. Biasanya kekonsistenan kek dapat dinyatakan sebagai keras, lembut liat atau kukuh mengikut keadaan kek tersebut. |
Damkohler number group II | nombor Damkohler Kumpulan II | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah kadar tindak balas kimia terhadap kadar resapan molekul bagi tindak balas kimia bermangkin yang dijelaskan sebagai dengan rp = jejari liang, -R = kadar tindak balas kimia, Cs = kepekatan bahan tindak balas pada permukaan mangkin, Deff = pekali resapan molekul berkesan. |
thickening time | masa pengentalan | Kejuruteraan | Petroleum | Masa yang diperlukan bagi buburan simen dengan komposisi tertentu mencapai kekonsistenan 100 mengikut unit kekonsistenan (uc). Penentuan masa ini dilakukan dengan menggunakan alat dan kaedah yang telah ditentukan (iaitu mengikut ketentuan API RP 10B). |