sp. | sp. | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kependekan bagi perkataan spesies. �sp.� digunakan selepas nama genus untuk menunjukkan bahawa identiti tumbuhan tersebut belum dapat dikenal pasti. Nama tumbuhan ditulis seperti Hopea sp. (merawan). Hal ini berlaku apabila sampel tumbuhan yang dikutip tidak matang atau identiti tumbuhan tidak boleh dikenal pasti dengan tepat pada peringkat spesies. |
damping-off | lecuh | Agroteknologi | Tiada | Penyakit yang disebabkan oleh kulat Rhizoctonia sp., Pythium sp., dan keadaan lembap yang menyebabkan kematian anak benih sejurus selepas percambahan biji benih. |
alala (Sp) | alala (Sp) | Kesenian | Tiada | Lagu rakyat Sepanyol. |
forma specialis (f.sp.) | forma spesialis (f.sp.) | Biologi | Patologi | Patotip kulat patogen di peringkat yang lebih rendah daripada spesies. Pengelasan ini dibuat berdasarkan kepatogenan, iaitu keupayaan menyebabkan sesuatu penyakit pada perumah yang paling sesuai daripada sekumpulan perumah pembeza. Nama f. sp. ini biasanya berasal daripada nama perumah utama. Walau bagaimanapun, mana ini tidak diiktiraf oleh Kod Antarabangsa untuk Tatanama Botani (ICBN) kerana f. sp. tidak boleh dibezakan antara satu dengan yang lain dari segi morfologi. Contoh Fusarium oxysporum f. sp. Iycopersici mempunyai perumah utama tomato (Lycopersicon esculentum). Kamus Biologi Patologi |
fasciculate basidium | basidium fasikulat | Biologi | Mikologi | Basidium yang terdapat secara berkumpulan, misalnya basidium Podaxis sp dan Phellorinia sp. |
liana | liana | Biologi | Ekologi | Tumbuhan pemanjat dan berkayu di hutan tropika, yang mempunyai penebalan sekunder luar biasa, misalnya tapak kuda, Bauhinia sp. dan gambir, Uncaria sp. |
winter garden | taman musim sejuk | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang direka bentuk untuk dihayati ketika musim sejuk. Contohnya, taman yang ditanam dengan pokok holly (llex sp.) dan juniper (Juniperus sp.). |
macrophyte | makrofit | Biologi | Ekologi | Tumbuhan akuatik yang terdapat di dalam kolam, sungai, atau laut. Misalnya, kiambang, Pistia stratiodes, keladi bunting, Eichhornia crassipes di air tawar, serta alga perang, Sargassum sp., dan Turbinaria sp. i laut. |
holdover canker | cerana lekap | Biologi | Patologi | Cerana tidak menonjol yang terdapat bertaburan atau nampak seperti berpindah-pindah pada tumbuhan yang sama, dan bilangannya banyak. Contohnya ialah cerana yang disebabkan oleh bakteria Erwinia sp. dan Pseudomonas sp. Gejala ini jarang berlaku di kawasan tropika kerana ia dilakukan oleh patogen yang boleh bertahan dalam musim sejuk, dan menjangkiti tisu sihat pada musim bunga. Di tropika, jangkitan cerana berlaku secara terus menerus. bd. cerana saka. |
lithophyte | litofit | Biologi | Ekologi | Tumbuhan yang hidup di atas batu-batan. Misalnya, lumut hati Marchantia sp dan paku-pakis Nephrolepis sp. |