happening | kejadian; peristiwa;seni laku | Kesenian | Tiada | 1. Seni laku: Bentuk seni pada pertengahan 1950-an yang melibatkan kelakuan pelukis atau penonton secara langsung.,2. Seni yang melibatkan perlakuan diri oleh seniman atau orang ramai |
primitive art(1) | seni lukis primitif | Kesenian | Tiada | 1. Seni lukis yang dihasilkan oleh pelukis yang tidak berpengalaman dan tidak dipengaruhi karya lampau atau sezaman.,2. Seni lukis suku kaum yang patuh kepada cara hidup tradisional, agama dan kepercayaan puaknya. |
action architecture | seni bina aksi | Kesenian | Seni Bina | 1. Seni bina yang berubah-ubah melalui lakaran tanpa lukisan terperinci dan menggunakan bahan yang sedia ada serta mudah didapati. 2. Evolusi reka bentuk yang sentiasa berulang-ulang berdasarkan satu konsep. Contohnya, bangunan Parlimen Scottland. |
corak | corak | Kesenian | Tiada | 1. Gabungan satu atau lebih motif yang direka letak dengan kedudukan sama ada melintang, menegak, menyerong atau bertaburan dengan warna-warna khusus terdapat dalam seni ukir, seni tulen, seni batik, seni anyam, seni tekat dan seni sulam. |
mosaic | mozek | Kesenian | Seni Bina | 1. Seni menghasilkan imej atau corak permukaan yang terdiri daripada susunan kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau bahan lain yang berwarna-warni yang dilepa bersama-sama. Kepingan-kepingan tersebut disusun dalam bentuk gambar manusia, haiwan atau pelbagai imej lain. Kebanyakan mozek menghiasi siling, lantai dan dinding di bahagian dalam tetapi ada juga yang digunakan untuk menghiasi permukaan luar seperti kaki lima dan dinding luar. 2. Kepingan kecil kaca, batu, gelas dan bahan lain yang berwarna-warni, yang dipasang pada lantai, tembok dan sebagainya. |
communication architecture | seni bina komunikasi | Aeroangkasa | Tiada | 1. Seni bina satelit dan stesen bumi di dalam sistem angkasa dan rangkaian yang menghubungkan kedua-duanya. |
architectonic | arkitektonik | Kesenian | Seni Bina | 1.��Berkaitan dengan media seni seperti muzik, lukisan dan arca yang diolah untuk memberi ekspresi seni bina. 2.���Berkaitan dengan struktur gabungan atau konsep kerja seni dan sains seni bina yang sistematik. |
ceramic | seramik | Sejarah | Tiada | 1. Seni pertukangan tangan membuat peralatan dengan menggunakan tanah liat. |
ceramic | seramik | Kesenian | Tiada | 1. Seni pertukangan tangan membuat peralatan dengan menggunakan tanah liat. |
pastiche | pastic | Kesenian | Tiada | 1. Seni yang menggunakan berbagai-bagai stail yang dipinjam. |