specific growth rate | kadar tumbesaran spesifik | Perikanan | Akuakultur | Kadar pertambahan berat biojisim dalam tempoh tertentu. Dalam lengkung sigmoid yang berlaku antara fasa penyesuaian dan fasa pegun, pertumbuhan biojisim mengikuti persamaan garis lurus adalah seperti yang berikut: ln Fm = Sg t + ln Im dan diolah kepada: Sg= (ln Fm - ln Im)/t di mana Sg ialah kadar tumbesaran spesifik, Fm ialah biojisim akhir, ln Im ialah biojisim awal dan t ialah tempoh masa. |
steam generator (SG) | penjana stim | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peralatan yang menukarkan air daripada fasa cecair kepada fasa stim. |