Pan-Malayan Headquarter | Ibu Pejabat Persekutuan dan Singapura | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
SES All-Share Index | Indeks SES All-Share | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Salah satu indeks yang mengukur prestasi pasaran di Singapura. |
dondang sayang | dondang sayang | Muzik | Tiada | Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih. |
over-the counter market (OTC) | pasaran atas kaunter | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pasaran yang memperdagangkan sekuriti yang tidak berdaftar dengan pasaran sekuriti rasmi, misalnya Clob di Singapura. |
entrepot | entrepot | Ekonomi | Tiada | Pusat perdagangan atau pelabuhan yang mengimport barang dari sesebuah negara dan kemudiannya mengeksport semula barang tersebut ke negara lain, tanpa mengenakan cukai. Misalnya, negara Singapura. |
ASEAN Free Trade Area (AFTA) | Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Aturan perdagangan serantau yang membentuk blok perdagangan antara negara anggota ASEAN. Perjanjian penubuhan AFTA dimeterai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand pada tahun 1992. Vietnam menyertai AFTA pada tahun 1995, Laos dan Myanmar menyertainya pada tahun 1997, dan Kemboja menganggotainya pada tahun 1999. Matlamat utama AFTA adalah untuk meningkatkan daya saing ekonomi ASEAN menerusi pengurangan dan penghapusan halangan perdagangan tarif dan bukan tarif. AFTA juga bertujuan untuk meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing ke rantau ASEAN. Mekanisme terpenting AFTA ialah Skim Tarif Keutamaan Efektif Umum (CEPT) yang mengurangkan dan menghapuskan tarif terhadap produk yang didagangkan sesama negara anggota ASEAN. Peranan AFTA dan mekanismenya termasuk CEPT telah diambil alih oleh Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang memperkukuh lagi integrasi dalam kalangan negara anggota ASEAN. |
newly industrializing economies | ekonomi industri baru | Ekonomi | Tiada | Sekumpulan negara yang baru meningkat ke status negara industri kerana sektor industrinya yang besar dan dinamik serta terlibat dalam eksport keluaran industri secara besar-besaran. Contohnya, Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hong Kong. |
adverse party | pihak menentang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Negara yang berada di pihak bertentangan dalam litigasi (proses perbicaraan undang-undang di mahkamah sama ada untuk membela atau menentang sesuatu kes). Contohnya, dalam tuntutan Malaysia terhadap Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Singapura merupakan pihak menentang. |
ad hoc judge | hakim ad hoc | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hakim yang dilantik khusus untuk sesuatu kes sahaja dan tempoh pemegangan jawatannya berakhir setelah selesainya kes tersebut. Contohnya, dalam kes pertikaian Batu Putih, terdapat dua orang hakim ad hoc yang masing-masing dilantik oleh Malaysia dan Singapura turut terlibat dalam membuat pengadilan dalam kes tersebut. |
collective decision | keputusan kolektif | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu ketetapan yang dibuat atau dicapai secara bersama dalam kalangan organisasi tertentu. Oleh itu, semua ahli yang terlibat dalam membuat keputusan bertanggungjawab penuh terhadap segala ketetapan yang telah dibuat. Sebagai contoh, barisan Jemaah Menteri bersama-sama bertanggungjawab di atas segala keputusan yang dibuat oleh Kabinet seperti pembatalan pembinaan Jambatan Indah yang menghubungkan Malaysia-Singapura. Keputusan pembatalan jambatan tersebut dipertanggungjawabkan kepada semua Jemaah Menteri dan bukannya terletak di bahu Perdana Menteri sahaja. |