septic tank | tangki septik | Kejuruteraan | Tiada | Tangki pengumpul kumbahan yang dibina di tempat yang tidak ada sistem pembetungan. Kumbahan akan terurai secara semulajadi. |
septic tank | tangki septik | Sosiologi | Tiada | Tangki pengumpul kumbahan yang dibina di tempat yang tidak ada sistem pembetungan. Kumbahan akan terurai secara semulajadi. |
bio-aeration | biopengudaraan | Kejuruteraan | Tiada | Penambahan udara ke dalam loji biologi dalam sistem olah kumbahan bagi membolehkan tindak balas mikroorganisma berlaku. |
pit latrine | tandas gali | Kejuruteraan | Tiada | Lubang yang dijadikan tandas untuk melupuskan najis manusia di tempat yang tidak disediakan sistem olahan kumbahan. |
methanogen | metanogen | Bioteknologi | Tiada | Bakteria anaerob yang berupaya menghasilkan metana dan karbon dioksida daripada hidrogen dan asetat, misalnya Methanobacterium, Methanobacillus, Methanococcus dan Methanosarcina. Bakteria metanogen ini terdapat dalam tanah anaerob, kumbahan, dan sistem penghadaman anaerob. Bakteria metanogen penting dalam metabolisme bahan-bahan yang terdapat dalam sistem penghadaman ruminan. |
diffused aeration | sistem pengudaraan udara resap | Kejuruteraan | Tiada | Sistem memasukkan gelembung udara ke dalam cecair seperti kumbahan . |
pressure sewer system | sistem pembetung tekanan | Kejuruteraan | Tiada | Sistem pembetung yang menggunakan pam untuk mengangkat kumbahan dari kawasan kediaman melalui paip berdiameter kecil ke loji olahan pusat. |
diffused air aeration system | sistem pengudaraan udara resap | Kejuruteraan | Tiada | Sistem memasukkan gelembung udara ke dalam cecair seperti kumbahan . |
effluent dehydration system | sistem penyahairan enap cemar | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah memerah air daripada enap cemar bahan kumbahan bagi menghasilkan bahan yang boleh dikeringkan dan digunakan sebagai baja organik. Antara kaedah penyahairan ini adalah dengan menggunakan penekan skru yang besar untuk menekan dan memerah supaya air dikeluarkan daripada enap cemar. |
house drain | saliran rumah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Saliran yang menyalurkan segala kumbahan dan bahan buangan dari tandas ke sistem pembentungan pusat. |