Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Somalia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kharifkharifGeografiTiadaAngin barat daya yang kencang, yang bertiup di pesisir selatan Teluk Aden dan Somalia.
trusteeship councilmajlis pemegang amanahSains PolitikHubungan AntarabangsaSistem pemegang amanah PBB yang telah menggantikan Sistem Mandat Liga Bangsa (LBB). Di bawah sistem ini, PBB melalui majlis pemegang amanah melantik negara tertentu untuk mentadbir wilayah yang penduduknya dianggap masih tidak berupaya memerintah sendiri. Wilayah yang ditadbir melalui sistem ini ialah negara bekas jajahan kuasa yang kalah dalam Perang Dunia Kedua. Antara negara bekas jajahan tersebut ialah Rwanda, Burundi, Tanzania, Togoland, Cameroon, Naurau dan Somalia. Pada 1 November 1994, majlis ini menangguhkan operasinya selepas Palau, iaitu wilayah terakhir yang ditadbir oleh sistem ini mencapai kemerdekaan pada 1 Oktober 1994.
International Movement of the Red Cross and the Red CrescentPergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit MerahSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang pada mulanya dikenali sebagai Palang Merah Antarabangsa dan kemudiannya bertukar nama pada tahun 1986 bagi merangkumi beberapa cawangan di negara Arab. Pergerakan ini membiayai Persidangan Palang Merah Antarabangsa yang merupakan badan tertinggi dalam pergerakan ini. Badan ini bersidang setiap empat tahun sekali dan anggotanya terdiri daripada wakil setiap Pertubuhan Palang Merah daripada beberapa jawatankuasa antarabangsa. Kini, lebih kurang 175 buah negara mempunyai Pertubuhan Palang Merah. Semua aktiviti pertubuhan ini dibiayai oleh yuran keahlian dan sebilangannya mendapat subsidi kerajaan. Aktiviti pergerakan ini telah berkembang sejak Perang Dunia Kedua dan meliputi pelbagai bidang. Antaranya untuk menjaga kebajikan pelarian akibat peperangan, bencana alam dan konflik etnik di serata dunia, termasuk di Hungary (1956), Somalia (1992), Rwanda (1994) dan Yugoslavia (1990-an). Pergerakan ini juga menyelaras usaha pertolongan antarabangsa dalam bencana alam seperti kejadian angin kencang dan

Kembali ke atas