Fourier transformation nuclear magnetic resonans | resonans magnet nukleus transformasi Fourier | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah yang menggunakan sampel yang disinarkan dengan suatu denyut meliputi semua frekuensi radio secara serentak. Tenaga yang terhasil adalah komposit frekuensi radio bagi kesemua nukleus yang dirakamkan dalam dominan masa. Kaedah transformasi Fourier digunakan bagi mendapatkan isyarat dalam domain frekuensi melalui langkah matematik dengan menggunakan komputer. Kaedah ini lebih pantas dan dapat memberi nisbah isyarat-kebisingan yang lebih baik. |
Fourier transfourmation infrared spectroscopy | spektroskopi inframerah transformasi Fourier | Kimia | Kimia Analisis | Teknik spektroskopi inframerah yang bergantung kepada pengukuran yang menggunakan suatu interferometer yang kesemua unsur dikaji secara serentak dengan menyinarkan sampel dengan suatu denyut tenaga dalam julat inframerah. Tenaga yang terhasil adalah dalam bentuk frekuensi komposit yang dapat ditukarkan kepada frekuensi-frekuensi asal menggunakan kaedah transformasi Fourier, dengan menggunakan komputer yang akan memberikan spektrum dalam bentuk biasa. Kaedah ini lebih pantas dan memberi resolusi yang baik dengan nisbah isyarat ke-bisingan yang lebih tinggi. bd. spektroskopi inframerah. |
activism | aktivisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konsep yang berasal daripada perkataan Jerman iaitu Activismus, yang membawa maksud keterlibatan secara meluas dan aktif para intelektual dalam proses transformasi di Jerman sewaktu berakhirnya Perang Dunia Pertama. Fahaman ini merujuk kepada keterikatan secara aktif para ilmuwan dalam proses transformasi politik yang berlaku bagi sesebuah masyarakat atau sistem politik. Para ilmuwan ini tidak semestinya bersifat melampau atau tidak melampau, malah bersifat rasional. |
abiotic transformation | transformasi abiotik | Sains Kesihatan | Tiada | Perubahan struktur kimia oleh mekanisme bukan biologi. |
disintegrate | menyepai | Kimia | Kimia Analisis | Transformasi nukleus sama ada secara spontan atau aruhan sinaran yang diikuti oleh pemancaran zarah atau foton. Umumnya berlaku pada unsur radioaktif. |
photochromism | fotokromisma | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Transformasi boleh balik antara dua spesies kimia yang menyerap pancaran elektromagnet pada spektrum penyerapan yang berbeza. Hal ini boleh dijelaskan sebagai perubahan warna boleh berbalik apabila terdedah kepada cahaya. |
digital leadership | kepemimpinan digital | Pendidikan | Tiada | Keupayaan individu untuk mendorong dan mengetuai transformasi sekolah menerusi teknologi, mencipta dan mengekalkan budaya pembelajaran digital, menyokong pembangunan teknologi berasaskan profesional, membekalkan kepemimpinan dan pengurusan digital, serta memudahkan dan menguruskan isu sosial, etika dan perundangan. |
quick wins | langkah pantas | Umum | Tiada | Inisiatif jangka pendek untuk memulakan langkah pelaksanaan transformasi bagi mencapai keberhasilan dalam tempoh masa terdekat. |
amido | amido | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian amidohidrolase yang mempunyai radikal NH2 dan radikal CO. Bahan ini mudah dikesan melalui spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR). Amido digunakan dalam proses pencelupan kain sutera, bulu dan fiber buatan. |
consolidated health informatics (CHI) | informatik kesihatan tergabung (CHI) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Inisiatif yang membolehkan piawaian pengurusan maklumat kesihatan bagi memudahkan transformasi sektor swasta kepada saling beroperasi dalam sistem teknologi maklumat kesihatan (HIT). Ini membolehkan sistem yang berlainan berinteraksi dalam piawaian yang sama. Piawaian ini termasuk kesihatan aras 7 (HL7), pengimejan digital dan komunikasi dalam perubatan (DICOM) dan tatanama perubatan bersistem - terminologi klinikal (SNOMED-CT). |