Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n negeri Thai. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Thailand


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Stock Exchange of Thailand (SET) Compsite IndexIndeks Komposit Bursa Saham ThailandPentadbiran PerniagaanTiadaSalah satu indeks yang mengukur prestasi pasaran di Bangkok, Thailand.
glong that (Thailand)glong thatKesenianTiadaGeduk dari Thailand.
Stock Exchange of Thailand (SET) Compsite IndexIndeks Komposit Bursa Saham ThailandEkonomiTiadaTiada
mongmongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Mong terdapat di Thailand dan di Malaysia. Mong terdiri daripada (i) sebiji gong berbusut yang tergantung, bersaiz besar dan dipukul dengan kayu pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan piphat di Thailand, (ii) sebiji gong berbusut yang bersaiz sederhana. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia dan di kawasan selatan Thailand, (iii) sepasang gong berbusut yang bersaiz kecil. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam kotak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan wayang gedek di utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand.

pi phatpi phatMuzikTiada

 Ensembel muzik klasik Thailand yang terdiri daripada kong wong yai dan kong wong lek (gong chime bulatan), ranat ek dan ranat ek lek (zailofon), ching (simbal), mong (gong) dan pi (shawm) serta taphone dan klong that (dram). Ensembel pi phat mengiringi teater dan tarian klasik Thailand dan nang yai. Lihat juga mahori.

thaothaoMuzikTiada

Teknik variasi tempo, rentak dan melodi dalam muzik klasik Thailand. Penukaran thao merupakan proses pengembangan dan pengecilan pusingan masa. Sesuatu lagu klasik Thailand dimainkan mengikut susunan thao, seperti bahagian panjang atau sam chan yang dimainkan dalam tempo perlahan, baha­gian tengah atau song chan dalam tempo sederhana, dan ba­hagian pendek atau chan dio dalam tempo cepat. Setiap thao dikaitkan dengan corak rentak tertentu yang dimainkan oleh alat muzik ching. Konsep thao sama dengan konsep irama da­lam muzik Jawa. Sinonim thaw. Lihat juga irama.

pi nai (Thai)pi naiKesenianTiadaSerunai dari Thailand.
thap (Thai)thapKesenianTiadaGedumbak yang berasal dari Thailand.
likaylikayMuzikTiada

 Teater popular atau opera Thailand yang dipersembahkan untuk hiburan di pentas prosenium di kuil dan di pasar. Tea­ter ini menggabungkan muzik, dialog, lakonan dan tarian. Cerita yang dipentaskan berkaitan dengan orang bangsawan dan rakyat biasa serta sejarah. Nyanyian, tarian dan cerita diiringi ensembel pi phot. Teater ini mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara, iaitu stambul di Jawa Tengah, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong di Vietnam. Sinonim jikey.

nang yainang yaiMuzikTiada

 Teater wayang kulit klasik Thailand yang menggunakan patung besar dan berasaskan cerita epik Ramakien atau Ra­mayana. Setiap patung besar tersebut dipegang oleh seorang penari tarian klasik Thailand. Beberapa watak dan alam se­mula jadi seperti hutan, gunung atau laut diukir pada setiap patung. Penari yang diiringi ensembel pi phat akan menari di belakang sebuah kelir besar dan di depan obor. Teknik bermain nang yai sama dengan teknik bermain nang sbek thorn di Kemboja. Lihat juga nang sbek thorn, pi phat.

12345678

Kembali ke atas