X-ray | sinar-X | Geografi | Tiada | Tiada |
X-ray | sinar-X | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
wide-angle X-ray diffraction (WXRD) | pembelauan sinar-X sudut lebar (WXRD) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk pencirian struktur, saiz dan orientasi bahan hablur. |
diffraction X-ray | pembelauan sinar-X | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah analisis spektroskopi yang melibatkan pembelauan atau penyerakan sinar-X oleh atom atau kekisi suatu bahan ketika sinaran itu melaluinya. Pembelauan ini menghasilkan satu spektrum yang menggambarkan struktur hablur molekulnya dan memberi maklumat tentang sama ada bahan-bahan itu bersifat hablur atau amorfus. |
X-ray tube | tiub sinar-X | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu komponen sistem penghasilan sinar-X yang terdiri daripada katod, anod, sirip penyejuk, kon penumpu, yang dibina dalam tiub kaca vakum. Tiub kaca divakumkan untuk mengelak daripada berlaku pelanggaran elektron dengan zarah udara. |
X-ray radiography | radiografi sinar-X | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Teknik radiografi industri yang menggunakan sinar-X sebagai punca sinaran. Lihat juga ujian radiografi. |
X-ray fluorescence | pendarflour sinar-X | Arkeologi | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menganalisis kandungan artifak, sampel disinari dengan pancaran sinar-X untuk mendapatkan elektron yang bercampur dengan atom pada permukaan artifak. Tujuan analisis ini untuk mengetahui sumber bahan mentah dan juga persamaan elemen yang digunakan untuk mengenal pasti lokasi bahan dan taburan artifak. Teknik ini tidak merosakkan artifak yang dikaji. |
energy dispersive X-ray spectroscopy (EDX) | spektroskopi sinar-X sebaran tenaga (EDX) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Lihat spektroskopi sinar-X tenaga sebaran (EDS). |
micro focus X-ray tube | fokus mikro tiub sinar-X | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Peranti tiub sinar-X yang mempunyai titik fokus bersaiz mikro pada sasaran anod. Saiz titik fokusnya kurang dari 0.1 mm. Peranti ini digunakan secara meluas dalam industri elektronik. |
wavelength dispersive X-ray spectroscopy (WDXS) | spektroskopi sebaran panjang gelombang sinar-X (WDXS) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk mengukur keamatan sinar-X pada panjang gelombang tertentu yang dibelaukan oleh bahan hablur. Sinonim spektroskopi sebaran panjang gelombang (WDS). |