Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi zink. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Zn


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zinczinkVeterinarTiadaSimbol: Zn. Unsur logam berwarna biru keputih-putihan yang penting sebagai unsur surih bagi organisma hidup. Unsur ini berfungsi dalam sintesis protein, penggandaan sel, mengekalkan pertumbuhan bulu, rambut, tulang dan kulit. Unsur ini juga merupakan komponen dan kofaktor dalam beberapa enzim serta berperanan penting dalam sintesis insulin. Dalam tubuh, unsur ini berinteraksi dengan kuprum dan boleh mengurangkan keracunan kuprum. Kekurangan unsur ini boleh menyebabkan ternakan kehilangan selera makan, anemia, pertumbuhan rambut dan bulu yang tidak normal, parakeratosis, merencatkan pertumbuhan serta merendahkan kecekapan makanan. Sumber utama unsur ini diperoleh daripada yis, dedak dan germa bijirin. Pemberian unsur ini secara berlebihan boleh menyebabkan ternakan kurang selera makan dan menunjukkan gejala kekurangan kuprum.
zinczinkKejuruteraanTiadaUnsur logam bersimbol Zn dan bernombor atom 30.
zink stearatezink stearatKimiaForensikFormula kimia, Zn(C18H35O2)2. Serbuk putih, tak larut dalam air, etanol dan eter, larut dalam benzena dan menyerap minyak dan bau dengan mudah. Zink stearat digunakan sebagai serbuk untuk mengurangkan kerengsaan kulit, sebagai astringen, dan sebagai antiseptik setempat sederhana kuat. Zink stearat juga digunakan dalam industri getah, yang had pendedahannya ialah 10 mg/m3. Kesan sampingan oleh penyedutan akan merengsa paru-paru, yang menyebabkan pneumonitis kimia progresif.
alcohol dehydrogenasealkohol dehidrogenaseKimiaBiokimiaOksidoreduktase yang mengandungi Zn dan digunakan sebagai mangkin dalam proses pengoksidaan berbalik alkohol primer dan alkohol sekunder kepada aldehid dan keton di dalam kehadiran NAD+ seperti dalam pengoksidaan etanol kepada asetaldehid.
danalitedanalitKimiaTiadaMineral yang mengandungi silikat dan sulfida besi dan berilium, (Fe, Mn, Zn)4Be3(SiO4)3S.
zinczinkKimiaTiadaUnsur logam peralihan dalam kumpulan IIB (atau 12) jadual berkala, simbol Zn, nombor atom 30, berat atom 65.39, nombor pengoksidaan +2, takat lebur 419°C, takat didih 907°C, berbentuk pepejal putih berkilauan, tertempakan, sangat elektropositif, larut di dalam asid dan alkali tetapi tidak larut di dalam air dan terdapat lima isotop yang stabil. sumber semula jadi zink ialah bijih zink spar, zink blend dan zinsit. Zink diekstrak daripada bijihnya secara penyulingan. Unsur ini digunakan untuk membuat aloi dan elektrod sel kering.
cufranebkufranebBiologiPatologiNama am fungisid pelindung dalam kumpulan ditiokarbamat yang mengandungi Cu, Fe dan Zn. Fungisid ini mempunyai spektrum yang sangat luas.
trace elementunsur surihBioteknologiTiadaUnsur yang diperlukan dalam kepekatan yang rendah untuk menampung pertumbuhan organisma hidup misalnya zink (Zn) besi (Fe), kuprum (Cu), dan magnesium (Mg). Unsur ini berperanan sebagai kofaktor dalam tindak balas enzim, pengangkutan elektron, dan pengangkutan melalui membran.
chelatekelatKimiaKimia AnalisisLigan multidentat yang boleh membentuk ion kompleks dengan logam untuk membentuk struktur gelang, contohnya etilena diamina yang mengkompleks dengan ion zink (II) bagi membentuk Zn (en)22+
heavy metalslogam beratBiologiEkologiUnsur-unsur yang mempunyai berat molekul yang tinggi, yang pada amnya beracun pada tumbuhan dan haiwan, walaupun dengan kepekatan yang rendah. Logam-logam ini biasanya merupakan sisa sekitaran, dan menunjukkan pengumpulan biologi. Misalnya, raksa (Hg), kromium(Cr), kadmium (Cd), arsenik, plumbum (Pb), zink (Zn), tembaga (Cu), dan ferum (Fe).
12

Kembali ke atas