owner's landlord's and tenant's liability insurance | insurans liabiliti pemilik, tuan tanah dan penyewa | insurans | Tiada | Perlindungan ke atas liabiliti undang-undang untuk kecederaan anggota atau kerosakan harta pihak lain disebabkan kecuaian insured. Liabiliti undang-undang tersebut wujud melalui pemilikan, pembiayaan atau penggunaan premis yang disebut dalam polisi dan semua operasi yang berkaitan dengan premis tersebut. |
shi�r ?l-??m?s?h | shi�r ?l-??m?s?h | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang dikaitkan dengan kebanggaan atau ketaksuban seseorang penyair terhadap kabilahnya sendiri. shi�r ?l-??m?s?h ini digunakan oleh penyair pada zaman Rasulullah SAW untuk mempertahankan Islam. Pada zaman berikutnya, shi�r ?l-??m?s?h dianggap sebagai puisi refleksi peperangan yang menyemarakkan semangat tentera Islam menghadapi peperangan. Pada zaman Abbasiah pula, penulisan shi�r ?l-??m?s?h berkurangan disebabkan tentera Islam tidak mendapat tentangan hebat daripada tentera bukan Islam. Antara penyair shi�r ?l-??m?s?h pada zaman Rasulullah SAW ialah Hassan ibn Thabit (Diwan), sementara pada zaman Abbasiah ialah al-Buhturi (H?m?s?h ?l-Buhturi). Lihat juga shi�r ?l-f?khr, shi�r ?l-hij?�. |
officer's and director's liability insurance | insurans liabiliti pegawai dan pengarah | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi pegawai dan pengarah sesebuah syarikat terhadap kerugian disebabkan kelalaian atau kesilapan mereka yang mungkin boleh membahayakan kedudukan syarikat atau pemegang saham. |
s-curve | keluk-s | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
cyma recta | kumai S tegak | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kumai timbul yang berbentuk seperti huruf S. Kumai ini terdiri daripada kumai melengkung ke dalam yang terletak di sebelah atas, dan kumai melengkung keluar yang terletak di sebelah bawah. |
cyma reversa | kumai S terbalik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kumai timbul yang berbentuk seperti huruf S terbalik. Kumai ini terdiri daripada kumai melengkung keluar yang terletak di sebelah atas, dan kumai melengkung ke dalam yang terletak di sebelah bawah. |
Shepherd's pie | pai Shepherd | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Makanan yang terkenal sekitar abad ke-18 dalam kalangan pengembala kambing khususnya di Barat. Menggunakan daging kambing kisar bersama kentang lenyek sebagai bahan utama. Diberikan nama Shepherd's Pie bersempena penggunaan daging kambing biri-biri yang diambil daripada perkataan gembala. |
Plato�s cave | gua Plato | Kesusasteraan | Tiada | Alegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi. |
banker�s cheque | cek bank | Ekonomi | Tiada | Lihat draf bank. |
banker's discount | diskaun jurubank | Ekonomi | Tiada | Perbezaan antara nilai muka bil pertukaran atau nota janji, yang dibeli oleh bank daripada pelanggannya dengan jumlah yang dikreditkan ke dalam akaun pelanggan bank tersebut. Perbezaan ini merupakan diskaun yang dipotong oleh bank dan faedah yang dikenakan terhadap tempoh masa pemegangan bil pertukaran atau nota janji sebelum bil itu boleh dibayar, dan dicampurkan pula dengan caj yang dikenakan terhadap darjah risiko yang terlibat. |