Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bad] | ابد

Definisi : jangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus tahun yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu Hijrah Nabi Muhammad SAW bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa ~ yg lampau beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka masa dr tahun 1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu bangsa atau negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemi­lang­an (gemilang); ~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm sejarah Eropah antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kira-kira tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid kekal selama-lamanya; berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratus-ratus tahun lamanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bad] | ابد

Definisi : masa seratus tahun: ~ kedua puluh waktu antara tahun 1901 hingga tahun 2000. berabad-abad beberapa abad (lamanya); beratus-ratus tahun: Permusuhan antara kedua-dua kaum itu telah bermula sejak ~ yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abad


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paraphraseparafrasaMuzikTiada1. Karya polifoni abad ke-14 hingga abad ke-16 yang mengandungi petikan melodi yang dipinjam dan diubah suai daripada melodi sedia ada seperti canta. Contohnya, Missa Pange Lingua oleh Josquin de Prez (sekitar tahun 1450-an hinggatahun 1521). 2. Karya instrumental yang melibatkan teknik bermain vir-tuoso pada Zaman Romantik yang berasaskan melodi po­pular yang sedia ada seperti melodi daripada sebuah opera atau karya lain. Contohnya, Totentanz: Paraphrase uber das Dies irae (1849) untuk piano dan orkestra oleh Liszt.
chorale variationskoral variasiMuzikTiadaVariasi organ abad ke-16 hingga abad ke-17 yang berasas­kan melodi koral Protestan Jerman. Melodi koral digubah sebagai cantus firmus bagi beberapa siri variasi. Gaya ini diperkembang oleh Sweelinck (1562-1621), seorang komposer Belanda.
bassadanzabassadanzaMuzikTiadaTarian popular di istana Perancis pada abad ke-15 dan abad ke-16 biasanya bermeter dupel atau tripel. Bassadanza juga berkemungkinan dalam gabungan meter dupel dan tripel.Bassadanza dalam tempo tripel dikenali sebagai branle gay.Temponya perlahan dan mungkin diikuti tarian lain yang bertempo laju. Bassadanza melibatkan improvisasi berdasarkan muzik lain yang sudah wujud atau pada lapis tenor. Contohnya, Danseries a 4 Parties, Second Livre Basse Danse, No. I oleh Attaingnant (lebih kurang tahun 1494-1551).
partitapartitaMuzikTiada1. Variasi yang berasaskan melodi popular dan melodi lain pada abad ke-16 dan abad ke-17. Partita juga merupakan tajuk koral partita untuk organ oleh J.S. Bach (1685-1750). 2. Enam buah suite untuk alat hapsikord BWV 825-830 (1731) oleh J.S.Bach.
pragmatic criticismkritikan pragmatikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera berdasarkan kesan karya terhadap khalayak. Kritikan ini menjadi dominan pada abad ke-18. Pada abad ke-20, kritikan pragmatik diketengahkan semula oleh Wayne C. Booth dalam karyanya bertajuk The Rhetoric of Fiction dan The Company We Keep: An Ethics of Fiction. Lihat juga kekeliruan hasrat.
Chinese operaopera CinaMuzikTiadaTeater yang berasal dari China dan dibawa ke Malaysia oleh imigran Cina pada abad ke-19 dan abad ke-20. Opera Cina terdiri daripada lakonan, tarian, muzik instrumental dan nyanyian. Teater ini dimainkan semasa perayaan kelahiran dewa-dewi kuil Cina. Terdapat beberapa jenis opera Cina di Malaysia seperti opera Teochiu, Hainan, Hokkien dan Kantonis. Secara amnya, ensembel muzik yang mengiringi opera Cina dibahagikan kepada ensembel sivil yang mengutamakan alat muzik bertali dan ensembel tentera yang terdiri daripada alat genderang seperti gong, simbal, blok kayu dan dram. Contohnya, ensembel sivil yang mengiringi opera Kan­tonis di Malaysia terdiri daripada yiahu, yuehu, pipa, yang qin, saksofon, violin dan gitar Hawaii.
Dutch settleenap BelandaKesenianHiasan DalamanPerabot yang mempunyai engsel di bahagian belakang supaya dapat direndahkan menjadi meja. Perabot ini terkenal pada abad ke-18 hingga abad ke-19.
bergamasquebergamasqueMuzikTiadaSejenis muzik tarian dalam meter dupel dari Bergamo, Itali Utara pada awal tahun 1560.Karya untuk gitar, lut, papan nada dan pelbagai ensembel pada abad ke-16 dan abad ke-17. Bergamasque berasaskan satu corak
battle of the booksperang bukuKesusasteraanTiadaSikap pertentangan pendirian atau pandangan para sarjana berhubung dengan penulisan klasik dan moden. Perang buku muncul di akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18, terutamanya di Perancis dan England. Sikap pertentangan tercetus akibat kemunculan pemikiran baharu yang berterusan dalam ilmu sains dan falsafah moden. Contohnya, di England sekitar akhir abad ke-17, Sir William Temple melalui tulisannya berjudul An Essay Upon the Ancient and Modern Learning (1690) menolak dakwaan bahawa sesuatu yang klasik lebih rendah daripada yang moden. Tulisan tersebut dicabar oleh William Wotton pada tahun 1694 melalui karyanya berjudul Reflections Upon Ancient and Modern Learning yang menyanjung tinggi keunggulan ilmu moden. Idea perang buku wujud berdasarkan tajuk sebuah prosa satira tulisan Swift berjudul The Battle of the Books yang membawa tema utama, iaitu sesuatu yang berasal dari zaman silam adalah lebih baik. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, idea perang buku bermaksud persaingan ideologi dan pemikiran yang berlaku dalam kalangan pengarang istana Melayu. Justeru, lahir beberapa buah karya, khususnya karya sastera bercorak sejarah yang memperlihatkan bentuk bersaingan ideologi dan pemikiran pengarang Melayu zaman silam. Kelahiran teks Sejarah Melayu pada abad ke-17 memberi beberapa reaksi terhadap teks Hikayat Raja Pasai yang dihasilkan pada abad ke-14. Persaingan pemikiran juga dapat dilihat dalam teks Tuhfat al-Nafis. Dalam karya ini, Raja Ali Haji membawa pemikiran Islam ke dalam penulisan sejarah orang Melayu, sehingga wujud idea yang mempersoalkan martabat raja Melayu yang terungkap dalam Sejarah Melayu, sekali gus mengubah persepsi pembaca terhadap raja-raja Melayu.
romanticismromantisismeKesusasteraanTiadaAliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada beberapa pendapat: Pertama, manusia dilahirkan baik dan hanya dikorupsikan oleh pengalaman dalam masyarakat. Kedua, kerohanian dan emosi manusia adalah alat yang paling sesuai untuk menghasilkan puisi. Ketiga, perubahan spiritual manusia secara evolusi boleh didatangkan dengan meletakkan alam semula jadi pada tahap yang lebih tinggi daripada ketamadunan manusia, revolusi lebih daripada status quo, dan daya melebihi kekangan. Dari segi puitika, pergerakan ini berusaha untuk menukar diksi kepada bahasa basahan, menggunakan bahan rujukan daripada cerita rakyat, mitos, autobiografi, dan pengalaman visionari, menggunakan alam sekitar sebagai pemangkin meditasi dan perasaan, menggalakkan inovasi dan komposisi organik berbanding dengan forma yang dikenakan seperti koplet wiraan dan ode, dan bercita-cita untuk melepasi batas-batas kebiasaan. Era ini turut dikenali sebagai zaman keemasan puisi Barat dengan penulis puisi seperti Wordsworth, Coleridge, Shelley, Keats, Byron dan Blake. Kadangkala zaman ini turut dikebelakangkan lagi masanya meliputi zaman Robert Burns atau ditambah masa ke depan dan mengambil kira penyajak zaman Victoria seperti Brownings, Tennyson, Arnold dan Yeats. Yeats sering dikenali sebagai ahli puisi roman terunggul yang terakhir. Antara penulis puisi roman Amerika yang terkenal ialah Walt Whitman yang menghasilkan paradigma puisi romantik yang memaparkan idealisme, bentuk organik, perasaan terbuka, diksi dan keraian alam semula jadi. Penulis Amerika lain termasuk Bryant, Irving, Cooper, Hawthorne, Melville, Stowe, Poe, Whitman dan Emerson.
12345678910...

Kembali ke atas