balance, net (of glacier) syn, budget, net (of glacier) | baki bersih (glasier) | Hidrologi | Tiada | Perbezaan di antara akumulasi dan ablasi sesuatu glasier, biasanya dinyatakan sebagai isi padu kesetaraan air per unit luas. (SPRI). |
heteroepitaxy | heteroepitaksi | Fizik | Nanoteknologi | Kaedah pemendapan lapisan filem monohablur ke atas substrat monohablur berlainan jenis. Filem tipis ini disediakan dengan kaedah percikan, ablasi laser denyut atau epitaksi alur molekul (MBE). Contohnya, hablur semikonduktor seperti galium arsenida, germanium dan kadmium telurid (CdTe) dapat dimendapkan pada permukaan hablur silikon. Banding homoepitaksi. |
homoepitaxy | homoepitaksi | Fizik | Nanoteknologi | Kaedah pemendapan lapisan filem monohablur ke atas substrat monohablur yang sama jenis. Filem tipis ini disediakan dengan kaedah percikan, ablasi laser denyut atau epitaksi alur molekul (MBE). Contohnya, silikon jenis-p dimendapkan ke atas silikon jenis-n. Banding heteroepitaksi. |
nanosphere | nanosfera | Fizik | Nanoteknologi | Zarah berbentuk sfera bersaiz 1 nm - 1000 nm. Zarah ini terdiri daripada logam, bahan organik, seramik atau bahan semikonduktor. Jika zarah ini bersaiz 1 nm - 100 nm dan diperbuat daripada bahan semikonduktor, zarah ini dipanggil bintik kuantum. Zarah ini disediakan melalui pelbagai cara, iaitu kaedah kimia, ablasi laser, MBE, dan MOCVD. |
alimentation | alimentasi | Geologi | Tiada | 1. Proses menyediakan atau mengambil makanan. 2. Pertambahan kasar jatuhan salji, avalanche salji dan ais, dan juga air cairan yang beku semula di dalam zon penimbunan sesebuah glasier. Glasier tersebut akan mara, undur atau kekal setempat bergantung kepada sama ada alimentasi adalah lebih besar, lebih kecil atau seimbang dengan proses ablasi. |