Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isteri­nya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abu I

Puisi
 

Cik Abu orang Peringgit,
     Siang malam main perahu;
Buku tebu boleh kugigit,
     Buku buluh belum tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berdiang di abu dingin.

Bermaksud :

Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ash fallhujan abuGeologiTiada1. Turunan abu volkano awangan dari awan letusan. 2. Abu volkano yang dihasilkan dari hujan abu dan terletak di permukaan bumi.
acid insoluble ashabu tak larut asidVeterinarTiadaBahagian abu yang tidak boleh larut di dalam asid pekat. Sebahagian besar bahagian abu ini terdiri daripada silika dan digunakan sebagai penanda dalam kajian kebolehcernaan sesuatu sumber makanan. Lihat juga abu.
ashabuMeteorologiMeteorologi PerhubunganBahan pepejal tak terbakar yang dibebaskan apabila sesuatu bahan terbakar. Sebahagian kecilnya terlepas ke atmosfera dan mencemarkan udara. Jumlah dan purata saiz abu yang masuk kedalam atmosfera bergantung pada halaju aliran gas yang keluar daripada cerombong. Zarah abu berukuran 0.2 cm dan kurang. Abu tersebut akan termendak berhampiran sumbernya, kecuali zarah yang sangat kecil.
ash layerlapisan abuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLapisan yang berkaitan dengan pembakaran sama ada arang atau letusan gunung berapi. Lapisan abu dapat dijadikan bukti penggunaan api oleh manusia untuk tujuan memasak dan keperluan hidup. Lapisan abu dengan jumpaan arang amat berguna dalam kajian arkeologi kerana boleh dilakukan pentarikhan mutlak. Debu gunung berapi pula dapat menunjukkan proses alam semula jadi dan kesannya terhadap manusia dan lingkungan kawasannya. Contohnya, penemuan beras terbakar di Gua Cha (Kelantan) yang bertarikh 900 tahun dan penemuan lapisan abu gunung berapi di Lembah Lenggong (Perak) yang bertarikh 30 000 hingga 34 000 tahun dahulu.
volcanic ashabu gunung berapi; abu volkanoFizikTiadaTiada
volcanic ashabu gunung berapi; abu volkanoGeografiTiadaTiada
volcanic ashabu gunung berapi; abu volkanoGeologiTiadaBahan piroklas yang halus, bergaris pusat kurang daripada 2.0 mm.
volcanic ashabu gunung berapi; abu volkanoPerikananTiadaTiada
volcanic ashabu gunung berapi; abu volkanoKejuruteraanTiadaTiada
volcanic ashabu gunung berapi; abu volkanoPertanianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas