Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan men­yusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau per­sembahan terpenting (biasanya juga yg ter­istimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id meme­riksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai 1. mengelolakan atau mengen­dalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu; 2. Id memulai per­cakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa,” aku ~ per­cakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacara­kan pd malam penghabisan; 2. Id meng­adukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw; mengacarakan menyambut (tamu), mempersilakan tetamu (duduk dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rancangan atau perkara yg akan dilakukan, dipertunjukkan, dibincangkan dsb dlm sesuatu perjumpaan (pertunjukan, mesyuarat dsb); agenda; program: ~ terakhir dlm majlis itu ialah membaca doa selamat. beracara memakai (mempunyai) acara; ada programnya atau ada agendanya. mengacarai mengendalikan sesuatu acara, majlis dsb dgn menjadi juruacara: Beliau berjaya ~ majlis penyampaian anugerah pd malam itu. mengacarakan menjadikan sbg (salah satu) acara; memasukkan ke dlm acara. pengacara orang yg mengacarai sesuatu acara, majlis dsb; juruacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acara


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scratch racelumba pantasSukanLumba BasikalPerlumbaan lepas beramai-ramai,sama ada acara balapan,atau acara jalan raya jarak dekat yang lazimnya antara 5-20 km.
green disctanda hijauSukanLumba BasikalLampu merah dan hijau yang dipasang di tempat permulaan dalam acara balapan, bagi acara kejar-mengejar berpasukan dan perseorangan, untuk menentukan kilometer pertama dan kilometer terakhir. Merah dipasang di hadapan laluan anjung penonton,dan hijau dipasang di laluan yang bertentangan dengan anjung penonton. Sinonim: red disc
mega-eventacara megaPelanconganTiadaAcara yang dikendalikan secara besar-besaran seperti perlumbaan kereta F1, Sukan Olimpik dan pertunjukan LIMA.
corporate eventacara korporatPelanconganTiadaAcara yang dianjurkan oleh organisasi untuk tujuan tertentu, seperti mempromosikan produk, meraikan kejayaan atau menyambut ulang tahun syarikat.
elimination raceacara lumba singkirSukanLumba BasikalAcara balapan yang mengarahkan pelumba yang tertinggal di belakang supaya keluar,sehingga tinggal dua (2) pelumba untuk merebut tempat pertama.
event managementpengurusan acaraPelanconganTiadaAktiviti untuk menguruskan, mempromosikan dan mengendalikan acara yang dianjurkan oleh sesebuah organisasi.
individual pursuitkejar-mengejar perseoranganSukanLumba BasikalAcara yang membabitkan dua pelumba yang bermula di tempat bertentangan. Dalam acara ini,pelumba berusaha mencipta masa terbaik.
title sponsorpenaja perdanaEkonomiTiadaYayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara dan dibenarkan meletakkan nama dan logo mereka pada tajuk program atau acara tersebut.
title sponsorpenaja perdanaKomunikasiTiadaYayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara dan dibenarkan meletakkan nama dan logo mereka pada tajuk program atau acara tersebut.
signature sponsorpenaja ternamaEkonomiTiadaYayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara dan dibenarkan untuk meletakkan nama dan logo mereka pada tajuk program atau acara tersebut.
123456789

Kembali ke atas