timing belt | tali sawat pemasaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tali sawat yang mempunyai gigi yang menghubungkan aci engkol yang memacu aci sesondol. Tali sawat ini menghubungkan kedua-dua aci melalui gear aci engkol dan gear aci sesondol. Tali sawat ini memutarkan aci sesondol pada arah yang sama dengan aci engkol pada nisbah kelajuan 1:2. Banding rantai pemasaan. |
crankshaft gear | gear aci engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gegancu yang dipasang pada hujung aci engkol dan berfungsi untuk memacu gear atau gegancu pada aci sesondol. Nisbah gear di antara gear aci engkol dengan gear aci sesondol ialah 2:1 yang menghasilkan laju putaran aci sesondol dua kali ganda berbanding laju putaran aci engkol. Kedua-dua gear atau gegancu ini dihubungkan menggunakan tali sawat atau rantai. Lihat juga gear aci sesondol. |
end play | lega hujung | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Jarak gerakan aci engkol atau aci sesondol ke hadapan dan ke belakang pada paksi aci akibat perbezaan jarak bebibir aci dengan panjang galas. Jarak ini diperlukan untuk membenar- kan aci berputar dengan sempurna dan mengurangkan geseran antara aci dengan galas. |
timing chain | rantai pemasaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Rantai logam yang menghubungkan aci engkol yang memacu aci sesondol. Rantai ini dihubungkan kepada kedua-dua aci melalui gegancu. Rantai ini juga memutarkan aci sesondol pada arah yang sama dengan aci engkol pada nisbah kelajuan 1:2. Banding tali sawat pemasaan. |
output shaft | aci keluaran | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Aci utama pada sistem penghantaran yang menghantar daya kilas dari kotak gear ke bahagian aci putar atau aci pacu. |
camshaft gear | gear aci sesondol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gegancu yang dipasang pada hujung aei sesondol dan dipacu oleh gear aci engkol. Gear ini juga digerakkan mengikut pemasaan enjin. Nisbah gear untuk gear aci engkol dan aci sesondol ialah 1:2. Lihat juga gear aci engkol. |
double overhead camshaft | aci sesondol kembar atas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Enjin yang mempunyai dua aci sesondol di atas kepala silinder. Salah satu daripada aci sesondol ini mengawal buka-tutup injap pengambilan, manakala aci sesondol yang satu lagi mengawal injap ekzos. Enjin ini lebih cekap berbanding enjin aci sesondol tunggal atas kerana memudahkan mekanisme penghantaran profil gerakan yang ditentukan cuping sesondol ke injap. Sing- katan DOHC. Banding aci sesondol tunggal atas. |
camshaft timing | pemasaan aci sesondol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Hubungan antara aci sesondol dengan aci engkol yang menentukan kaitan antara operasi buka-tutup injap dengan kedudukan omboh. Hubungan ini juga ditentukan oleh kedudukan cuping sesondol. |
gear | gear | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat mekanikal yang boleh memindahkan kuasa dan berputar, dari satu aci ke aci yang lain. |
single overhead camshaft | aci sesondol tunggal atas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Enjin yang mempunyai satu aci sesondol di atas kepala silinder. Aci ini mengawal kedua-dua jenis injap pengambilan dan injap ekzos melalui perantaraan lengan angguk. Singkatan SOHC. Banding aci sesondol kembar atas. |