Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mengacu 1. membuat gerak laku utk mengancam atau menakut-nakutkan (spt me­ng­angkat atau menghalakan senjata hen­dak menikam dsb); 2. = mengacu-acu me­mikir-mikirkan (sesuatu yg hendak dilakukan dan caranya), berniat, berfikir-fikir, beragak-agak (hendak berbuat sesuatu); 3. menunjuk atau menarik perhatian (kpd), merujuk: dlm syarahannya ia selalu ~ kpd bukunya; mengacukan 1. menghalakan (senjata) ke arah seseorang utk mengancam atau menakut-nakutkannya, mengacungkan, menunjukkan sbg mengancam (genggaman tangan dll): keris terhunus diacukan ke perut Panglima Awang; 2. = mengacu-acukan menganjur­kan, merancang-rancangkan: sudah lama ia mengacu-acukan langkah ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengacu membentuk sesuatu (spt kuih, peluru) dgn menuang bahan cairnya ke dlm bekas tertentu; menuang. acuan bekas tempat menuang bahan sesuatu yg hendak dibentuk: ~ kuih baulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acu I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lasercarvingacu laserKejuruteraanTiadaProses membentuk model tiga dimensi dan menggunakan laser.
pin fitacu pinKesenianTiadaUbah suai pakaian mengikut bentuk badan sebelum pakaian dijahit kekal.
wind upgerak acu (Sofbol)PendidikanTiadaTiada
fitting roombilik acuKejuruteraanTiadaTiada
fitting roombilik acuPentadbiran PerniagaanTiadaBilik untuk mengacu pakaian.
wind upgerak acu (Sofbol)SukanTiadaTiada
wind upgerak acu (sofbol)PendidikanTiadaIsyarat tamat: Isyarat tertentu yang diberikan kepada pengacara atau pelakon televisyen, radio atau pentas supaya menamatkan aksi atau percakapan.
moulded draughtdrauf acuKejuruteraanTiadaJarak di antara garis beban musim panas dengan garis dasar yang diukur pada peminggang.
moulded depthdalam acuKejuruteraanTiadaJarak tegak dari atas plat lunas hingga ke atas rasuk geladak atau ke bawah plat geladak yang diukur pada peminggang.
fitting roombilik acuUmumTiadaTiada
12

Kembali ke atas