Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.cuan] | اچوان

Definisi : 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan sesuatu bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt kerangka, pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg dapat membentuk atau mencorak­kan sesuatu: proses pembesaran kanak-kanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi; ~ kalimat pola kalimat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cuan] | اچوان

Definisi : bekas tempat menuang bahan sesuatu yg hendak dibentuk: ~ kuih baulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acuan

Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bolsterpengampuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenyangga atau pelapik acuan ketika acuan menerima tekanan daripada acuan atas.
castacuanKesenianHiasan DalamanBekas yang digunakan untuk membentuk struktur konkrit yang dikehendaki, dengan menuangkan bahan cecair ke dalamnya. Antara bahan yang digunakan untuk membina acuan ialah papan lapis, aluminium, keluli, dan plastik. Biasanya, acuan digunakan dalam kerja membentuk atau mencorakkan sesuatu objek, seperti membina asas bangunan, rasuk, tiang, dinding, lantai, tangga atau tembok.
formworkacuanKesenianHiasan DalamanBekas yang digunakan untuk membentuk struktur konkrit yang dikehendaki, dengan menuangkan bahan cecair ke dalamnya. Antara bahan yang digunakan untuk membina acuan ialah papan lapis, aluminium, keluli, dan plastik. Biasanya, acuan digunakan dalam kerja membentuk atau mencorakkan sesuatu objek, seperti membina asas bangunan, rasuk, tiang, dinding, lantai, tangga atau tembok.
trim pierce dieacuan pencantasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAcuan yang menjalankan kerja-kerja pemotongan bahagian tepi kepingan logam.
cam flange dieacuan bebibir sesondolKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAcuan yang digunakan untuk melipat dan melekatkan kepingan logam khususnya pada tukup enjin.
longitudinal separate dieacuan bujur lintangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAcuan yang membuat garisan membujur atau melintang bagi menguatkan struktur kepingan.
longitudinal trim dieacuan cantas bujur lintangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAcuan untuk memotong bahagian membujur atau melintang yang berlebihan.
casting processproses tuanganTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKaedah dalam proses pembuatan yang dihasilkan apabila bahan cecair logam pada suhu tinggi dituangkan ke dalam acuan yang mengandungi rongga dengan bentuk yang dikehendaki dan dibiarkan menyejuk. Bahan pejal yang terhasil melalui proses ini dikenali sebagai tuangan setelah bahan tersebut dikeluarkan dari acuan atau acuan dipecahkan.
pelletpeletPerikananAkuakulturBentuk makanan rumusan yang diperoleh selepas campuran beberapa jenis bahan ramuan atau serbuk yang diasak dan dipaksa keluar melalui acuan khas menjadi butiran bersaiz kecil. Saiz butiran boleh diubah mengikut saiz acuan berdasarkan pada kesesuaian peringkat umur ternakan yang memakannya.
dieacuanPerikananAkuakulturBlok besi dengan dengan reka bentuk berlubang dalam pelbagai saiz yang dipasang di bahagian hujung laras mesin membuat pelet untuk menghasilkan pelet makanan ikan.
123

Kembali ke atas