beam trawl | pukat tunda galang | Sains Marin | Tiada | Sejenis pukat tunda yang mempunyai galang bagi mengekalkan pukat dalam keadaan terbuka dan berbentuk kon dengan satu keroncong pada hujungnya. Bukaan mendatar pada mulut pukat dikekalkan dengan adanya galang melintang sementara bukaan menegak dikekalkan dengan adanya dua gelung logam di kiri dan kanan mulut pukat tersebut. Galang dibuat daripada kayu atau logam dan panjangnya mencapai sehingga 12 m. |
opportunity crime | jenayah peluang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan apabila adanya peluang yang sesuai. Jenayah ini dilakukan tanpa perancangan awal. Contohnya, ketiadaan orang lain di kawasan yang sunyi memberikan peluang kepada penyerang untuk merompak mangsa. |
aerobe | aerob | Kejururawatan | Tiada | Mikroorganisma yang dapat hidup dan membiak dengan adanya oksigen. |
bathochromic shift | anjakan batokrom | Kimia | Kimia Analisis | Anjakan spektrum serapan disebabkan oleh adanya kumpulan kromofor atau radikal penyerap tertentu seperti serapan kepada panjang gelombang yang lebih pendek. bd. anjakan hipsokrom. |
hypsochromic shift | anjakan hipsokrom | Kimia | Kimia Analisis | Anjakan spektrum serapan disebabkan oleh adanya kumpulan kromofor atau radikal penyerap tertentu seperti serapan kepada panjang gelombang yang lebih pendek. bd. anjakan batokrom. |
proximal convergence | konvergens proksimal | Sains Kesihatan | Tiada | Komponen konvergens yang dicetus oleh kesedaran adanya objek di jarak dekat. |
Millepora coral | karang Milepora | Sains Marin | Tiada | Semua jenis karang yang dapat dikenali dengan adanya warna kuning di hujung koloni serta rasa panas seperti terbakar jika tersentuh. |
liquid junction potential | keupayaan simpangan cecair | Kimia | Kimia Analisis | Keupayaan yang terbit apabila terdapat jambatan garam sebagai simpang secair oleh sebab adanya perbezaan kadar pembauran ion-ion di antara larutan. Kadar pembauran bergantung kepada saiz, bentuk dan berat. |
otter trawl | pukat tunda berpapan | Sains Marin | Tiada | Pukat tunda yang bukaan mendatarnya dikekalkan oleh papan tunda. Pukat tunda berpapan mempunyai badan berbentuk kon yang biasanya terdiri daripada empat panel dengan satu keroncong pada hujungnya. Bukaan mendatar mulut pukat dikekalkan dengan adanya papan tunda pada kiri dan kanan pukat sementara bukaan menegak dikekalkan dengan adanya pelampung pada bahagian atas dan pemberat pada bahagian bawah bukaan mulut pukat tersebut. |
self learning | pembelajaran kendiri | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar secara sendiri tanpa bantuan guru atau pelatih. Pembelajaran ini lebih mudah dengan adanya teknologi Internet dan e-pembelajaran. |