adaptation | adaptasi | Kesusasteraan | Tiada | Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S, Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen �Uda dan Dara� karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen dengan judul yang sama: Lihat juga terjemahan. |
adaptation | adaptasi | Kesusasteraan | Tiada | Pengolahan semula atau saduran semula karya ke dalam genre yang baharu. |
adaptation | penyesuaian; adaptasi | Kesusasteraan | Tiada | Penulisan semula karya sastera daripada bentuknya yang asal untuk disesuaikan dengan bentuk media lain. |
clinical decision support system (CDSS) | sistem sokongan keputusan klinikal (CDSS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang dapat menganalisis data untuk membantu pengamal perubatan membuat sesuatu keputusan klinikal. CDSS merupakan adaptasi daripada sistem pembuat keputusan yang sering digunakan untuk menyokong pengurusan perniagaan. Pengamal perubatan menggunakan sistem ini untuk menganalisis dan menyediakan ulasan diagnosis sebagai satu cara menambah baik keputusan akhir rawatan. Analisis yang dibuat dapat meramal kejadian yang akan terjadi meliputi kesan ubat sehingga ke simptom penyakit. |
boring organism | organisma penggerek | Sains Marin | Tiada | Organisma infauna yang mempunyai keupayaan menggerek ke dalam substratum seperti kayu, batu karang dan substratum keras yang lain. Ahli-ahli daripada beberapa filum seperti Porifera, Annelida, Arthropoda, Moluska dan Echinodermata diketahui mempunyai adaptasi untuk cara hidup ini. Organisma penggerek dapat dibahagikan kepada jenis yang berbeza berdasarkan keupayaan untuk menggerek substratum yang berbeza, sama ada secara mekanikal atau secara kimia. Kerosakan yang disebabkan oleh organisma penggerek kepada struktur binaan (terutamanya kayu) di persekitaran marin disebut sebagai hakisan biologi. Kerosakan yang disebabkan oleh organisma penggerek memberikan impak besar kepada ekonomi dan industri maritim. |
genomic island | pepulau genomik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Bahagian genom yang menunjukkan asalan mendatar. Pepulau genomik biasanya digunakan dalam mikrobiologi terutamanya berkaitan dengan bakteria. Pepulau genomik berupaya mengekodkan pelbagai fungsi, boleh terlibat dalam simbiosis atau patogenesis dan juga membantu dalam proses adaptasi organisma. |
hypertext markup language 5 (HTML5) | bahasa penanda hiperteks 5 (HTML5) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahasa penanda teras bagi jaringan sejagat (WWW) revisi utama ke-5. HTML yang dibangunkan oleh Konsortium Jaringan Sejagat (W3C) pada asalnya sebagai bahasa pemerihal dokumen saintifik secara semantik, seterusnya dinaik taraf untuk membenarkan adaptasi pelbagai jenis dokumen dan juga aplikasi web. HTML 5 merupakan alat penting dalam pembangunan platform e-pembelajaran. |
literary dissemination | penyebaran sastera | Kesusasteraan | Tiada | Pemindahan bentuk sastera dari satu lapangan budaya dan geografi ke lapangan budaya dan geografi yang lain. Pemindahan sastera juga berlaku dari satu generasi kepada generasi yang lain. Pemindahan sastera biasanya berlaku secara lisan dalam tempoh yang lama. Justeru, bentuk sastera ini akan mengalami perubahan, iaitu interpolasi, pembudayaan, iaitu akulturasi, dan pengubahsuaian, iaitu adaptasi. Proses pemindahan ini menyebabkan muncul pelbagai versi teks. Minat terhadap pemindahan sastera juga menyebabkan wujudnya pelbagai kajian yang tertumpu pada pencarian versi asal teks, iaitu prototaip, arketaip serta asal usul sesebuah teks. Pendekatan yang cenderung ke arah pemindahan sastera ialah kajian filologi, kesusasteraan bandingan, serta kaedah sejarah-geografi dalam kajian budaya rakyat. |