adrenal medulla | medula adrenal | Kejururawatan | Tiada | Bahagian dalam kelenjar adrenal yang merembeskan epinefrina dan norepinefrina. |
adrenal glands | kelenjar adrenal | Kejururawatan | Tiada | Kelenjar endokrin yang terletak di bahagian atas ginjal yang terdiri daripada korteks dan medula. |
adrenal cortex | korteks adrena | Kejururawatan | Tiada | Bahagian luar kelenjar adrenal yang merembeskan hormon kortikoid. |
aldosterone | aldosteron | Kejururawatan | Tiada | Hormon yang dirembeskan oleh korteks adrenal dan bertindak mengawal atur elektrolit dan air dengan menggalakkan penyimpanan natrium dan membebaskan kalium. |
Addison's disease | penyakit Addison | Kejururawatan | Tiada | Keadaan penyakit akibat kekurangan hormon korteks kelenjar adrenal. |
adrenocorticotropic hormone (ACTH) | hormon adrenokortikotropik (ACTH) | Kejururawatan | Tiada | Hormon yang dirembes oleh kelenjar pituitari anterior yang berfungsi merangsang perembesan hormon kelenjar adrenal korteks. |
endocrine gland | kelenjar endokrin | Kejururawatan | Tiada | Kelenjar yang menghasilkan satu atau lebih hormon dan merembeskannya terus ke dalam aliran darah tanpa melalui duktus. Kelenjar-kelenjar endokrin termasuk kelenjar pituitari, tiroid, paratiroid, adrenal, ovari, testis dan Pepulau Langerhans di pankreas. |
oestrogen | estrogen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Salah satu hormon seks mamalia betina. Hormon estrogen dikelaskan sebagai steroid dan merupakan hormon penting dalam pembentukan dan pertumbuhan fizikal serta pembangunan ciri seks mamalia betina. Estrogen juga membantu mengawal kitaran seks (haid dan estrus) dan pembiakan mamalia betina. Hormon ini dihasilkan di ovari, sel lemak dan kelenjar adrenal. |