Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.du.nan] | ادونن

Definisi : hiasan, alat berdandan: sangatlah berkenan kpd hatinya ~ kekasihnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.du.nan] | ادونن

Definisi : tepung yg telah diadun utk membuat kuih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.du.nan] | ادونن

Definisi : tepung dsb yg telah diadun (utk dibuat kuih). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adunan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hybridizationpengacukanKesusasteraanTiadaAdunan dua suara dalam suara pertuturan (atau sesuatu ayat) yang melibatkan kombinasi suara narator dengan suara watak. Adunan biasanya ditemui dalam karya naratif. Adunan ini dilakukan tanpa memperlihatkan secara jelas suara-suara yang terlibat. Contoh, �hidup mati susah senang di tangan Tuhan� dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Kadangkala pengacukan ini digunakan bagi menimbulkan kesan ironi untuk mengkritik masyarakat. Penggunaan pengacukan turut diketengahkan oleh Bakhtin (1930) dalam kajian beliau mengenai jenis-jenis heteroglossia. Lihat juga ironi.
gold powderserbuk emasFizikNanoteknologiAdunan pekat zarah emas bersaiz antara 10 nm - 30 nm yang dihasilkan dengan menggunakan penyalut polimer. Bahagian pepejal adunan ini mempunyai berat sehingga 85% emas. Penggunaannya adalah untuk penyaduran permukaan, elektronik, optik, pemangkin, pewarna, dan perencat pertumbuhan barah. Contohnya, penggunaan zarah emas dalam pembuatan gelas Venetian berwarna merah.
feedstock blendingadunan stok suapanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauCampuran dua atau lebih bahan mentah sebelum proses pembuatan bagi meningkatkan nilai ekonomi dan kualiti produk. Contohnya, campuran minyak sawit dan etanol sebelum proses pengesteran untuk menghasilkan biodiesel.
fuel blendingadunan bahan apiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauCampuran bahan bakar daripada pelbagai sumber untuk meningkatkan kecekapan pembakaran, menjimatkan kos dan memudahkan pengendalian.
alloyaloiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCampuran logam hasil daripada adunan satu logam dengan satu logam lain atau lebih. Campuran ini mempunyai ciri yang tersendiri, berlainan daripada sifat logam yang asal.
blended learningpembelajaran teradunTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang menggabungkan interaksi bersemuka dengan aktiviti dalam talian yang aliran pembelajarannya saling melengkapi dan sebati. Gabungan adunan ini bergantung pada objektif pembelajaran, keperluan pelajar dan konteks pembelajarannya. Pendekatan ini juga dirujuk sebagai pembelajaran hibrid. Sinonim pembelajaran hibrid.
blendingpengadunanHerbaTiadaProses menggabungkan bahan herba atau kelompok herba yang berlainan untuk menghasilkan bahan perantara atau produk akhir yang homogen. Contohnya, menggabungkan herba misai kucing dengan kacip fatimah atau menggabungkan herba misai kucing dari pelbagai sumber untuk menghasilkan adunan produk herba yang homogen.

Kembali ke atas