hangar | hangar | Aeroangkasa | Tiada | Sebuah bangunan yang boleh menempatkan pesawat udara semasa penyenggaraan dan baik pulih. |
harness | abah-abah | Aeroangkasa | Tiada | Tali pengikat untuk memegang sesuatu seperti juruterbang pada kerusinya, penerjun dengan payung terjun dan kargo pada lantai. |
aerobridge | jambatan udara | Aeroangkasa | Tiada | Jejambat bertutup yang digunakan oleh penumpang untuk naik atau turun dari pesawat udara. Kegunaannya di terminal pelabuhan udara adalah untuk kemudahan penumpang di samping memberi keselesaan dan keselamatan. |
dip test | ujian celup | Aeroangkasa | Tiada | Ujian untuk menentukan kandungan wap air di dalam tangki bahan api pesawat udara. |
root chord | rentas pangkal | Aeroangkasa | Tiada | Rentas di pangkal sayap yang diukur pada satah simetri pesawat udara. |
radio theodolite | teodolit radio | Aeroangkasa | Tiada | Teodolit elektronik yang dapat menentukan arah pancaran radio pada belon bebas dalam atmosfera. |
stall warning | amaran pegun | Aeroangkasa | Tiada | Satu peranti yang memberi amaran kepada juruterbang apabila penerbangan menghampiri keadaan pegun supaya bertindak untuk mengelakkan pegun berlaku. |
planetary health | kesihatan planet | Aeroangkasa | Tiada | Bidang yang memfokuskan isu kesihatan manusia dan hubung kait dengan alam semula jadi, biodiversiti serta perubahan iklim. |
spatial disorientation | penanaran/disorientasi ruang | Aeroangkasa | Tiada | Ketidakupayaan juruterbang untuk menentukan atau mentafsirkan sudut, ketinggian atau kelajuan udara pesawat dengan betul terutamanya dalam keadaan kritikal yang menyukarkan penglihatan seperti pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk. |