total viable aerobic count | kiraan aerob viabel total | Herba | Tiada | Kaedah pengiraan kuantitatif bakteria mesofilik dan fungus yang tumbuh dalam keadaan aerob. Ujian ini menentukan sama ada bahan mentah dan sediaan herba yang dinyatakan dalam monograf mematuhi syarat piawai yang ditetapkan. Unit yang digunakan ialah cfu (colony-forming unit) setiap gram atau mililiter sampel. Kaedah ini melibatkan pertumbuhan mikroorganisma menggunakan 1 mililiter larutan air herba dalam plat agar berdiameter 9 cm yang diinkubasi pada 30 - 35 �C selama 48 - 72 jam. Bilangan koloni bakteria dan fungus dikira berdasarkan purata kiraan dari dua plat dan dinyatakan sebagai bilangan bakteria atau fungus bagi setiap gram atau setiap mililiter sampel asal. |
aerobe | aerob | Kejururawatan | Tiada | Mikroorganisma yang dapat hidup dan membiak dengan adanya oksigen. |
biowaste | biosisa | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sisa yang terdiri daripada bahan organik yang boleh terurai dalam keadaan aerob dan anaerob. Contohnya, habuk kayu, sisa tumbuh-tumbuhan dan sisa makanan. |
biomass decay rate | kadar pereputan biojisim | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Jumlah pengurangan sisa biologi secara eksponen yang disukat mengikut kadar pengurangan ketumpatan jisim biologi per masa dalam keadaan aerob dan anaerob. |
anaerobic | anaerob | Veterinar | Tiada | Organisma yang tidak memerlukan oksigen untuk kehidupan dan perkembangannya. Anaerob boleh juga diertikan sebagai keadaan tanpa oksigen seperti organisma yang tinggal di dalam tanah dan bakteria rumen. Lihat juga aerob. |
microbial contamination | kontaminasi mikrob | Herba | Tiada | Pencemaran mikroorganisma seperti bakteria, fungus, yis dan kulapuk yang terkandung dalam herba akibat kontaminasi. Kontaminasi mikrob boleh berlaku apabila herba terdedah kepada tanah, semasa pemprosesan dan penstoran yang tidak bersih. Penentuan kandungan mikrob berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan kontaminasi mikrob dalam bahan herba yang melebihi had nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Kontaminasi mikrob dikesan secara mikrobiologi menggunakan kaedah kiraan aerob viabel total. Secara umumnya, kebanyakan farmakopoeia dan WHO telah menetapkan had piawai tertentu bagi bahan herba. Contohnya, British dan European Pharmacopoeia mengehadkan nilai kontaminasi mikrob bagi kanji jagung, ubi kentang, beras dan gandum tidak melebihi 103 bakteria dan 102 fungus untuk untuk setiap gram sampel. Menurut WHO, bahan herba mestilah bebas daripada kontaminasi Salmonella. |