Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.fék.tif] | افيکتيف

Definisi : (aféktif) berkaitan dgn perasaan dan emosi (dan bukannya fikiran atau daya berfikir): utk memperkembang minat dan motivasi membaca, alam ~ kanak-kanak haruslah berkembang serentak dgn alam-alam kognitif mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata afektif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
affective criticismkritikan afektifKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang mengukur keberkesanan karya sastera berdasarkan emosi pembaca yang dirangsangkan oleh karya tersebut. Contohnya, dalam teori katarsis yang diperkenalkan oleh Aristotle, penonton drama tragedi akan bersama-sama mengalami emosi yang dialami oleh watak utama. Sesetengah teori mempersoalkan kritikan ini kerana dikatakan bersifat subjektif dan dianggap menimbulkan andaian yang tidak tepat atau kekeliruan afektif. Lihat juga kekeliruan afektif.
affective fallacykekeliruan afektifKesusasteraanTiadaKonsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik.
affective disordergangguan afektifPerubatanPsikiatriGangguan psikiatri yang berkaitan dengan suasana, seperti kemurungan, gangguan dwikutub dan perasaan cemas.
domain of learningdomain pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranKategori pembelajaran yang berlaku dalam diri setiap individu daripada perspektif psikologi pendidikan. Domain pembelajaran yang dianjurkan oleh Bloom dan rakan-rakannya pada tahun 1956 ini terbahagi kepada tiga, iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Pembangunan rangka pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira ketiga-tiga domain dalam menentukan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.

Kembali ke atas