Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ga/] | اݢق

Definisi : 1. kira, sangka, rasa: ~ saya dia sudah keluar tadi; ~ gerangan jika kiranya; 2. boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan): menghadapi kesukaran yg ~ besar; ~ lama juga di sana; agak-agak 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari ini hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya datang ke mari? beragak, beragak-agak 1. ragu-ragu, sangsi: melanggar kota itu jangan ~; 2. mempunyai tujuan (niat) utk, bermaksud, berniat: ia ~ utk pergi ke Mekah; 3. awas-awas, hati-hati: mengatakan sesuatu dgn tidak ~; mengagak, mengagak-agak 1. mengira-ngira (dgn berdasarkan dugaan atau pertim­bangan kasar), menaksir: ia tidak dapat ~ ke mana ia akan dibawa; orang yg pandai ~ dan mengagih orang yg bijaksana; 2. me­mak­­sudkan, meniatkan: lain yg diagak, lain yg kena; mengagakkan 1. membuat kesimpulan (ber­dasarkan dugaan atau tekaan sahaja), men­duga, menyangka: keadaan lebih sulit drpd yg diagakkan; 2. menentukan (dgn hati-hati): ~ biaya negeri; mengagak-agihkan 1. mengagak dan meng­­agihkan, menerangkan, memberitahu­kan, menjelaskan; 2. suka mencela; teragak 1. terfikir (timbul sesuatu fikiran dgn tiba-tiba atau dgn sepintas lalu), terlintas di hati: ada kalanya ~ juga dia hendak menjual tanahnya itu; 2. Mn ingin sangat: ia ~ pulang ke negerinya; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; agakan apa yg diagakkan, dugaan, sangkaan: ~ ini mungkin benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga/] | اݢق

Definisi : ; pokok ~ paya sj tumbuhan (pokok), Vitex peralata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga/] | اݢق

Definisi : 1 pendapat yg berdasarkan tekanan semata-mata; sangka: ~ saya, dia sakit hari ini, oleh sebab itulah ia tidak datang. 2 lebih kurang; kira-kira: ~ dua hari lamanya, dia berada di Ipoh utk menyelesaikan urusannya di sana. agak-agak 1 hati-hati; ingat-ingat: Bertutur pd malam hari ~. 2 = agaknya barangkali; gerangan: Bilakah ~ tuan dpt pergi ke sana? beragak, beragak-agak 1 bermaksud (bercadang, berniat) melakukan sesuatu: Dia ~ membuka sebuah syarikat perniagaan tetapi kekurangan modal. 2 berhati-hati atau beringat-ingat (ketika melakukan sesuatu). mengagak membuat kesimpulan berdasarkan tekaan semata-mata; menyangka; menduga: Saya ~ mungkin mereka ditimpa kemalangan. mengagakkan menentukan sesuatu dgn hati-hati; menetapkan: Pemborong itu ~ bahawa projek tsb akan memakan belanja sebanyak dua juta ringgit. teragak 1 = teragak-agak terfikir-fikir (sebelum melakukan sesuatu); terkira-kira: Dia ~ hendak memberitahukan kesulitannya kpd pegawai itu. 2 = teragak-agak berasa segan atau ragu-ragu: Kerajaan tidak akan ~ menghukum mereka yg hendak memecahbelahkan rakyat. 3 berasa ingin: Sesekali, ~ juga dia hendak pulang ke kampungnya. agakan sesuatu yg dijangka atau diduga: ~nya tepat sekali apabila keputusan tsb diumumkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agak

Peribahasa

Agak lebih daripada agih.

Bermaksud :

Banyak bicara, sedikit kerja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
novelettenoveletKesusasteraanTiadaProsa cereka yang lebih panjang dan agak lebih kompleks daripada cerpen, tetapi tidaklah sepanjang novel.
multiplier effectkesan penggandaEkonomiTiadaKesan yang berlaku terhadap satu faktor agak kecil dalam mempercepat satu perubahan besar, seperti kesan perbelanjaan kerajaan terhadap pendapatan negara.
macroplanktonmakroplanktonSains MarinTiadaKomponen plankton (fauna dan flora) yang bersaiz agak besar dan dapat dilihat dengan mata kasar. Secara definisinya makroplankton ialah plankton yang bersaiz di antara 2-20 mm. Contohnya, krustasia dan ubur-ubur.
industrial life insuranceinsurans hayat industriinsuransTiadaInsurans hayat yang jumlah diinsuranskan agak kecil dan kutipan premium dibuat dari rumah ke rumah secara mingguan atau bulanan.
antiquingmengantikkanKesenianHiasan DalamanProses untuk menjadikan sesuatu barangan baharu supaya kelihatan agak antik. Proses tersebut dilakukan dengan kaedah memukul perlahan-lahan, menggosok atau 'merosakkan' barangan serta menggunakan rawatan asid.
romanticromantikKesusasteraanPuisiPerihal suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara yang rendah dan perlahan. Puisi ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; cenderung kepada keagungan, perasaan dan kecantikan. Contohnya, puisi "Kekasih" karya Usman Awang.
industrial life insuranceinsurans hayat industriPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans hayat yang jumlah diinsuranskan agak kecil dan kutipan premium dibuat dari rumah ke rumah secara mingguan atau bulanan.
circular fibreserat sirkularPerubatanTiadaSerat-serat yang membentuk bahagian otot siliari yang agak ketara, dan memanjang di sekeliling apeks jasad siliari dekat dengan akar iris.
offshore barbeting luar pesisirSains MarinTiadaLonggokan pasir dalam bentuk permatang yang terbina agak jauh dari pesisir dan di dalam air.
regional airportlapangan terbang wilayahGeografiTiadaLapangan terbang yang berada dalam kawasan geografi yang agak kecil atau berpenduduk rendah. Lapangan terbang wilayah biasanya tidak mempunyai kemudahan kastam dan imigresen untuk trafik antara negara.
1234

Kembali ke atas