Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : supaya, semoga: awak harus bersekolah ~ pandai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : supaya: Kalau sakit, selalulah makan ubat ~ lekas sembuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agar I

Puisi
 

Kalau nak pakai kain pelikat,
     Ikatlah molek dipandang cantik;
Carilah cara untuk memikat,
     Agar dapat bunga dipetik.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
agaragar-agarKimiaTiadaGel yang diperoleh daripada alga merah seperti Gelidium corneum dan Gracilaria lichenoides. Agar-agar terdapat dalam bentuk kepingan membran nipis yang lutcahaya, larut di dalam air mendidih, tetapi tidak larut di dalam air sejuk atau pelarut organik. Agar-agar digunakan sebagai perekat, pengganti gelatin, ramuan makanan, penyalut ubat dan medium untuk mengkulturkan mikroorganisma.
agaragar-agarSains ForensikTiadaSejenis bahan, iaitu polisakarida yang diekstrak daripada alga merah yang mengandungi agarosa (70%) dan agaropektin (30%). Bahan ini boleh digunakan sebagai agen pemejalan medium untuk pengkulturan mikrob atau gel agar-agar semasa proses elektroforesis. Dalam pengujian serologi forensik, gel agar-agar digunakan sebagai medium untuk tindak balas darah dan antiserum semasa ujian mendakan bagi mengesahkan sama ada sesuatu sampel darah yang diuji berasal daripada manusia atau haiwan. Lihat juga elektroforesis.
agar-agaragar-agarPentadbiran PerniagaanTiadaSari daripada tumbuh-tumbuhan rumpair yang biasanya untuk desert.
agaragar-agarPerubatanTiadaSebatian yang menyerupai gam, yang tidak mengandungi nitrogen, yang diekstrak daripada rumpair merah, seperti Gelidium cartilagineum dan Gracilaria confervoides. Agar-agar digunakan sebagai laksatif pukal, dan pemejal medium kultur bakteria dan untuk membuat emulsi.
EMB agaragar-agar EMBBiologiGenetikMedium pertumbuhan yang kompleks untuk pengecaman koloni bakteria muatan tertentu. Medium ini mengandungi eosin dan metilena biru iaitu dua pewarna sensitif pH, serta gula seperti laktosa. Misalnya, dalam pengecaman koloni bakteria lac+, bakteria lac+ akan memetabolismekan laktosa secara oksidatif dan mengeluarkan ion hidrogen ke dalam agar-agar dan ini akan merendahkan pH, dan menyebabkan pewarna agar-agar bertukar menjadi warna ungu tua. Bagi koloni bakteria lac- pula, bakteria ini menggunakan asid amino sebagai sumber tenaga untuk mengeluarkan NH3, yang akan meningkatkan pH yang akan menyahwarna pewarna untuk menghasilkan koloni berwarna putih.
agar gel electrophoresiselektroforesis gel agar-agarSains ForensikTiadaKaedah elektroforesis yang menggunakan agar-agar sebagai medium penyokong. Kaedah ini digunakan untuk memisahkan komponen makromolekul seperti protein dan DNA berdasarkan saiz dan konfigurasi molekul tersebut. Dalam pengujian DNA forensik, agar-agar digantikan dengan agarosa yang tulen supaya mutu gel dapat dikawal bagi mencapai kesan pemisahan fragmen DNA yang lebih baik.
agaragar-agarPerubatanTiadaTiada
agaragar-agarKimiaTiadaTiada
agaragar-agarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
agaragar-agarKimiaBiokimiaPolisakarida bersifat asid yang didapati daripada rumpai laut yang mengandungi lebih kurang 70% poligalaktan. Poligalaktan pula terdiri daripada 70% agarosa dan 20% agaropektin. Bahan ini digunakan sebagai agen untuk memejalkan mediumn kultur dalam kajian mikrobiologi dan sebagai medium pepejal untuk elektroforesis.
12345678910...

Kembali ke atas