Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gén] | اݢين

Definisi : (agén) sesuatu yg menyebabkan berlaku­nya tindak balas (proses dsb): ~ pendebungaan; ~ kimia; ~ pengoksidaan agen yg men­dermakan oksigen kpd unsur atau sebatian lain sewaktu tindak balas kimia; ~ penurunan agen (unsur, sebatian, dll) yg menyingkirkan oksigen drpd unsur atau seba­tian atau menam­bahkan hidrogen atau men­dermakan elektron kpd unsur atau sebatian lain, sewaktu tindak balas kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gén] | اݢين

Definisi : /agén/ist 1 bahan atau organisma yg dpt mempengaruhi atau dpt memberi kesan kpd sesuatu tindak balas: ~ kimia. 2 apa-apa (cara dsb) yg menyebabkan sesuatu berlaku atau terjadi: Angin, serangga, air dsb ialah ~ pendebungaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
colouring agentagen pewarnaHerbaPeraturan dan PemasaranBahan kimia atau bahan semula jadi yang digunakan untuk menambah warna atau mewarnai sesuatu produk herba. Penggunaan agen pewarna dalam produk kosmetik herba bergantung pada kegunaannya dan dikategorikan kepada empat, iaitu: i. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik; ii. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik kecuali yang bertujuan untuk diterapkan pada sekitar mata khususnya mekap mata dan pelucut mekap mata; iii. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang tidak bersentuhan dengan membran mukus; dan iv. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang bersentuhan sementara dengan kulit.
bioactive agentagen bioaktifHerbaPemiawaianAgen yang memberikan kesan biologi terhadap tisu atau organisma hidup. Zerumbon merupakan agen bioaktif dalam rizom lempoyang (Zingiber zerumbet) yang bersifat antiradang.
antidepressantantidepresanFarmasiTiadaAgen yang digunakan untuk melegakan simptom-simptom kemurungan. Agen ini digunakan untuk merawat gangguan psikiatri seperti depresi major dan gangguan keresahan jiwa. Kelas agen ini termasuklah antidepresan trisiklik. dan tetrasiklik., perencat oksidase monoamina, perencat pengambilan semula serotonin selektif (SSRl), perencat pengambilan semula serotonin dan noradrenalina (SNRI), serta antidepresan noradrenalina dan serotoninergik spesifik (NaSSA). Kebanyakan agen antidepresan mempunyai masa mula tindakan tertangguh (2-6 minggu) dan diambil selama beberapa bulan sehingga ke beberapa tahun.Sinonim antimurung.
anticancer agentagen antikanserHerbaPemiawaianAgen yang boleh memusnahkan atau merencat pertumbuhan pelbagai sel kanser atau tisu malignan secara terpilih. Contohnya, vinblastina dalam ekstrak daun kemunting cina (Catharanthus roseus) digunakan sebagai agen antikanser payudara.
antianxiety drugdrug antiresahFarmasiTiadaAgen yang digunakan untuk: merawat simptom keresahan. Agen ini digtmakan terutamanya dalam rawatan gangguan keresahan. Kumpulan agen ini dikenali sebagai trank:uilizer minor. Contohnya, diazepam, lorazepam, buspiron dan alprazolam.
euphoriantagen euforiaHerbaPemiawaianAgen yang menyebabkan keriangan yang berlebihan. Contohnya, mitraginin dalam ekstrak daun ketum (Mitragyna speciosa) boleh menyebabkan euforia sekiranya diambil secara berlebihan.
reducing agentagen penurunKimiaKimia AnalisisBahan yang mudah mengeluarkan oksigen, menambah hidrogen atau menderma elektron. Contoh agen pengoksida adalah seperti gas hidrogen.
surface active agentagen aktif permukaanKimiaKimia AnalisisBahan yang mempengaruhi ketegangan permukaan cecair yang juga dikenali sebagai sufaktan. Contoh agen ini adalah seperti natrium stearat.
oxidizing agentagen pengoksidaKimiaKimia AnalisisBahan yang mempunyai afiniti elektron yang tinggi dan mudah menarik elektron daripada sebatian lain. Contoh agen pengoksida ialah oksigen, larutan kalium permanganat dan kalium dikromat berasid, dan sebatian peroksida.
desiccantbahan pengeringKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAgen yang dimasukkan ke dalam sistem pendingin. Agen ini biasanya diletakkan pada penyahhidrat untuk menyerap lembapan dalam sistem tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas