Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gih] | اݢيه

Definisi : bahagi, beri; beragih berbahagi (harta dll); mengagih; suarang diagih NS harta yg diperoleh selama perkahwinan (kalau bercerai dibahagi dua); mengagihkan membahagikan, memberi­kan: ia ~ rokok buatan luar negeri kpd kami; mengagih-agihkan membahagi-bahagi­kan: di sinilah letaknya keperluan perancangan supaya sumber-sumber yg terhad dapat diagih-agihkan mengikut keutamaan keper­lu­an; pengagihan perbuatan dsb mengagihkan, pembahagian: harta yg diketepikan oleh pemilik itu dipegang dlm bentuk amanah bagi ~ berterusan kpd penerima; ~ kuasa pembahagian dan penentuan (bidang kuasa) kpd golongan-golongan tertentu dsb; peragih pembahagian, pemberian: apa ~ men­tua kpd pengantin itu? agihan apa yg diagihkan atau dibahagikan: dari segi ~ tanah tani, sektor tanaman da­gang­an menguasai sektor pertanian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gih] | اݢيه

Definisi : bahagian (drpd harta, hasil buruan dll) yg dibahagi-bahagikan. mengagihkan memberikan bahagian-bahagian drpd sesuatu yg telah dibahagikan, kpd beberapa orang. agihan bahagian yg diperoleh hasil mengagihkan sesuatu: Dia menyedekahkan sebahagian drpd ~ yg diterimanya. pengagihan perbuatan atau hal mengagihkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agih

Peribahasa

Agak lebih daripada agih.

Bermaksud :

Banyak bicara, sedikit kerja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shift-share analysisanalisis sisih-agihPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu kaedah analisis ekonomi wilayah yang dibuat untuk mengukur prestasi ekonomi wilayah berkenaan dengan menggunakan petunjuk statistik pekerjaan dalam satu industri berbanding dengan prestasi pertumbuhan pekerjaan dalam industri yang sama dalam wilayah yang lebih besar.

Kembali ke atas