tax equity | ekuiti cukai | Ekonomi | Tiada | Agihan yang adil terhadap beban cukai. Ekuiti cukai boleh dilihat daripada dua aspek, iaitu ekuiti cukai menegak dan ekuiti cukai mendatar. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan bebas cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan beban cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai mendatar pula, agihan beban cukai adalah sama bagi golongan yang berkemampuan yang sama walaupun punca pendapatan mereka berlainan. |
functional distribution of incame | agihan pendapatan fungsian | Ekonomi | Tiada | Agihan pendapatan atau pulangan antara faktor-faktor pengeluaran seperti buruh dan modal, tanpa mengambil kira siapa yang memiliki faktor-faktor tersebut. |
distribution record | rekod agihan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang mengandungi maklumat nama dan alamat pengedar, nombor dan tarikh arahan serahan, tarikh serahan, nama produk dan bentuk dosnya, kuantiti, dan nombor kelompok bagi setiap produk. Rekod agihan bagi setiap kelompok produk perlu dikekalkan untuk memudahkan panggil balik kelompok tersebut. |
income distribution | agihan pendapatan | Ekonomi | Tiada | Pembahagian pendapatan negara kepada individu atau kumpulan dalam sesebuah negara. Jumlah pendapatan seseorang atau sesuatu kumpulan bergantung pada beberapa faktor seperti taraf pendidikan, kemahiran, taraf sosial, jantina, umur dan harta yang dimiliki. |
practice distribution | agihan praktis | Sains Sukan | Biomekanik | Konsep yang merujuk kekerapan jeda rehat dalam suatu tempoh latihan. |
cabin assignment | agihan kabin/pembahagian kabin | Pelancongan | Tiada | Pengagihan bilik yang dilakukan oleh ejen pelancongan semasa dalam perjalanan. |
apportionment | pembahagian; agihan berkadar; peruntukan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
apportionment | pembahagian; agihan berkadar; peruntukan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
redistribution of power | pengagihan semula kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang diagihkan semula kepada badan atau wilayah tertentu ekoran daripada rombakan pentadbiran, pindaan perlembagaan secara menyeluruh atau kemasukan wilayah baru dalam sesuatu negara. Dalam konteks yang normal. Perlembagaan persekutuan telah menyenaraikan agihan kuasa ini, namun apabila berlaku perubahan struktur sesebuah negara, agihan ini boleh dilakukan sekali lagi bagi menyesuaikan kedudukan negara itu dengan keadaan semasa. Contohnya, pembahagian kuasa Persekutuan Tanah Melayu telah diagih semula dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaysia pada tahun 1963. |
development economics | ekonomi pembangunan | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang membincangkan masalah pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat dan masalah agihan semula pendapatan dan kekayaan negara supaya pemilikannya lebih setara. Ekonomi pembangunan juga membincangkan cara mengatasi masalah pengangguran dan inflasi. |