king pin inclination angle | sudut condong cemat agung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sudut condong ke dalam cemat agung dari garis tengah tegak sebenar. |
masterpiece | karya agung | Kesusasteraan | Tiada | Sebuah karya yang dihasilkan dengan bakat luar biasa, daya intelektual atau pencapaian artistik yang unggul. |
king pin | cemat agung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cemat keluli yang dipangsikan pada sendi buku stereng dengan hujung gandar. |
canon | kanun | Kesusasteraan | Puisi | Satu bentuk puisi yang agung. Ukuran keagungannya bukan terpancar hanya pada isi tetapi juga teknik pengucapan pemikiran. Istilah ini berasal daripada kata Yunani Kanoon yang bermakna kayu ukur, contoh, norma, daftar dan hukum. |
heuristic | heuristik | Kesusasteraan | Tiada | Teknik dalam karya sastera untuk mendapatkan maklumat. Tujuan asas kesusasteraan agung adalah untuk heuristik, iaitu kesusasteraan dicipta untuk membolehkan pembaca menemui makna hidup. Heuristik juga merujuk kepada peristiwa dalam sesebuah karya sastera yang menolong seseorang watak menemui kebenaran. Heuristik berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �penemuan�. |
included angle | sudut kandung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sudut kamber tambah sudut condong cemat agung dalam sistem stereng. |
tragedy | tragedi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama serius yang menggambarkan kejatuhan dahsyat seseorang protagonis akibat kelemahannya sendiri. Dalam tragedi, wira ialah tokoh yang agung dan hebat. Namun, tokoh itu mempunyai kelemahan tragis (harmatia) seperti bersifat angkuh (hubris) sehingga dia membuat perhitungan yang salah dan akhirnya membawa kepada kejatuhannya. Situasi tersebut meninggalkan kesan tragis kepada khalayak. Peristiwa dalam drama tragedi ini membangkitkan rasa gerun dan kasihan yang kemudiannya dilenyapkan daripada jiwa khalayak. Peleraian emosi ini disebut sebagai katarsis. Tragedi merupakan salah satu bentuk drama Barat yang bermula di Athens pada pertengahan kurun keenam Sebelum Masihi. Aristotle mengandaikan drama tragedi berasal daripada dithyramb, iaitu nyanyian dan tarian memuja Dewa Dionysus dan berkemungkinan merupakan cerita yang ditokok tambah. Aristotle ialah orang pertama yang memberikan definisi tragedi yang paling berpengaruh. Persembahan tragedi yang pertama dilakukan oleh Thespis di City Dionesia antara 536-533 Sebelum Masihi. Tiga penulis tragedi yang masyhur pada zaman Yunani ialah Aeschylus, Sophocles, dan Euripides. Drama tragedi berkembang selepas zaman Yunani. Selain Aristotle, Seneca pada zaman Romawi juga merupakan tokoh penting dalam perkembangan tragedi. Bentuk tragedi Seneca mempengaruhi perkembangan tragedi pada zaman Elizabenthan. Justeru, situasi ini mencetuskan dua aliran, iaitu tragedi intelektual yang meniru model Seneca yang menggunakan korus dan kesatuan (aksi, masa, dan tempat), dan tragedi yang ditulis untuk orang ramai, dikenali sebagai tragedi balas dendam. Contohnya drama Hamlet, Macbeth, dan Othello oleh Shakespeare, dan drama the Jew of Malta oleh Christopher Marlowe. Contoh tragedi zaman moden ditemui dalam Death of a Salesman oleh Arthur Miller, dan Mourning Becomes Electra oleh Arthur Miller, dan Mourning Becames Electra oleh Eugene O�Neill. Lihat juga ditiramb, katarsis, kesatuan. |
epos | epos | Kesusasteraan | Tiada | Puisi epik yang wujud dalam tradisi lisan. Epos merupakan karya yang awal dalam tradisi kesusasteraan kebanyakan masyarakat di dunia, khususnya mengungkapkan kisah kepahlawanan wira tempatan. Contohnya, karya Gilgamesh merupakan epos agung dalam tradisi Sumeria. Lihat juga barda. |
cathedral | katedral | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gereja besar tempat beribadat dan kegiatan keagamaan bagi penganut agama Kristian. Di dalamnya terdapat tempat khusus bagi ketua gereja, iaitu uskup. Dalam gereja Ortodoks Yunani terdapat tempat suci yang digunakan untuk uskup agung duduk, yang dikenali sebagai kathedrikos naos. Katedral berasal daripada bahasa Latin cathedra yang bermaksud tempat duduk. |
grand style | adigaya | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola. |