umpire | pengadil; wasiat | Sukan | Tiada | 1. Pengadil: Pegawai rasmi yang memastikan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengelolakan sesuatu permainan, atau gelanggang dan persekitarannya, dan membuat pelaporan kepada referi atau salah seorang ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab. |
County Council | Majlis Kawasan | Pentadbiran | Tiada | Badan atau organisasi yang bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran sesebuah kawasan di bawah bidang kuasanya. Majlis kawasan mempunyai peranan dan fungsi tersendiri seperti menyelenggara sistem perparitan dan saliran, menyediakan kemudahan kesihatan, taman permainan, dan mengendalikan hal ehwal kebersihan. Majlis ini mempunyai kuasa untuk menjana pendapatan sendiri selain peruntukan dari kerajaan negeri. Terdapat beberapa kategori majlis kawasan seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Majlis ini mempunyai ahli jawatankuasa tersendiri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan diselaras melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan. |
ethics committee | jawatankuasa etika | Perubatan | Tiada | Jawatankuasa yang dibentuk oleh sesebuah institusi untuk mengawal selia penyelidikan dari segi etika agar penyelidikan tersebut tidak bertentangan dengan nilai-nilai peradaban, moral, agama dan norma sesuatu tempat sama ada yang melibatkan manusia atau binatang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli daripada pelbagai bidang seperti sains, perubatan, undang-undang, agama, sosial serta orang awam agar semua aspek etika penyelidikan dapat diteliti. Setiap penyelidikan terhadap manusia atau binatang perlu mendapat kelulusan daripada jawatankuasa etika sebelum dimulakan. |
steering commitee | jawatankuasa pemandu | Kejururawatan | Tiada | Sekumpulan anggota yang bukan ahli kumpulan projek, memantau, memberi nasihat dan menentukan projek mencapai matlamat. |
Select Committee | Kawatankuasa Pilihan | Undang-undang | Tiada | Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh sesuatu majlis mesyuarat badan perundangan dan dianggotai oleh ahli majlis itu, khusus untuk membincangkan perkara tertentu yang diserahkan kepadanya oleh majlis itu. |
Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions | Organisasi Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Badan penyelaras piawaian perakaunan dan pengauditan yang berpusat di Bahrain. Organisasi ini bertujuan mengeluarkan piawaian perakaunan antarabangsa mengikut kerangka syariah untuk diguna pakai oleh institusi kewangan Islam. Organisasi ini dianggotai oleh beberapa ahli sukarela yang mewakili pengguna penyata institusi kewangan Islam, akauntan, jurubank, ahli akademik, ahli syariah dan badan pengawal selia. Organisasi ini dipantau oleh jawatankuasa syariah yang menilai piawaian dan memberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan syariah. Singkatan AAOIFI. |
Syariah Advisory Council (SAC) | Majlis Penasihat Syariah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti (SCA) 1993. Majlis ini diberi mandat untuk memastikan perjalanan pasaran modal Islam selaras dengan prinsip syariah dengan cara mengenal pasti dan menentukan kriteria syariah yang perlu dipenuhi oleh pasaran modal Islam. Majlis Penasihat Syariah juga memberi nasihat kepada pengamal kewangan Islam berhubung pembangunan pasaran modal Islam dan bertindak sebagai pusat rujukan dalam semua isu berkaitan pasaran modal Islam. Ahli majlis ini terdiri daripada ulama Islam dan pakar kewangan Islam. |
political group | kelompok politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Bahagian penting yang memiliki kuasa dan penentu keputusan dalam sesuatu pemerintahan, pentadbiran atau organisasi. Badan politik ini memainkan peranan utama dalam merancang arah tuju atau kesinambungan organisasi tersebut seperti institusi legislatif dan eksekutif bagi sebuah pemerintahan demokrasi atau jawatankuasa tertinggi mahupun lembaga pengarah bagi sesuatu jabatan pentadbiran atau badan korporat. Contoh, Ahli Majlis Bandaran adalah merupakan badan politik yang tertinggi di dalam pentadbiran kerajaan termpatan. |