Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
part per billionbahagian per jutaKimiaKimia AnalisisUnit kepekatan yang menyatakan amaun komponen analit terhadap satu juta amaun sampel atau larutan. Contohnya satu bahagian per juta raksa dalam suatu sampel air bermakna terdapat 1 gram raksa dalam setiap 106 gram air atau 1 gram raksa dalam setiap 103 liter air atau 1 μg raksa dalam setiap ml air.
part per billionbahagian per bilionKimiaKimia Analisisunit kepekatan yang menyatakan amaun komponen analit terhadap satu bilion amaun sampel atau larutan. Contohnya satu bahagian per bilion raksa dalam suatu sampel air bermakna terdapat 1 gram raksa dalam setiap 109 gram air atau 1 gram raksa dalam setiap 106 liter air atau 1 μg raksa dalam setiap 1 liter air.
swelling indexindeks mengembungHerbaTiadaNilai kemampuan satu gram bahan herba mengembung dalam suatu isi padu (mililiter) larutan akues selepas 4 jam. Nilai ini merupakan ukuran kandungan musilaj, gam, pektin atau hemiselulosa dan bahan yang boleh mengembung dalam herba bagi menentukan kualiti bahan mentah. Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menggoncangkan satu gram bahan herba dalam satu mililiter campuran air-etanol (1:25) setiap sepuluh minit selama satu jam dan hasilnya diukur selepas 4 jam. Contohnya, had piawai indeks mengembung bagi agar ialah � ? 10.
hydrosolhidrosolFizikNanoteknologiKoloid yang tersebar di dalam air. Koloid merupakan ampaian zarah halus bersaiz 1 nanometer - 1 mikrometer yang terdiri daripada bahan organik dan bukan organik yang tidak larut di dalam air.
rate of flowkadar aliranKejuruteraanTiada1. Isi padu air yang mengalir melalui garis keratan luahan dalam seunit masa. Sinonim: luahan. 2. Kadar penghantaran pam atau set pengepaman.
height of tideketinggian pasang surutSains MarinTiadaJarak menegak di antara permukaan laut dengan carta datum. Jumlah kedalaman air didapati dengan menambah ketinggian air pasang dengan kedalaman laut. Contohnya, pada carta yang menunjukkan 6 m, ketinggian air yang rendah yang diramalkan ialah 1 m, maka kedalaman sebenar atas dasar laut pada air yang rendah ialah 7 m.
super critical waterair lampau gentingSains NuklearKejuruteraan ReaktorKeadaan air yang wujud pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi atas titik genting (374�C dan 22.1 MPa).
moisture contentkandungan kelengasanSainsTiada1. (Bagi tanih lengas) Peratusan air di dalam tanih yang diungkapkan berdasarkan berat kering atau isi padu. Sinonim kandungan air, peratusan kelengasan. 2. (Bagi udara) Lihat kelembapan spesifik.
Hydrilla sp.Hydrilla sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan air yang tenggelam keseluruhannya kecuali bahagian bunga dan buah. Daunnya berbentuk lanseolat bersaiz 1.5 – 2.5 cm panjang dan 0.1 – 0.2 cm lebar. Jenis Hydrilla sp. yang popular ialah Hydrilla verticilllata.
air bladerpundi udara; lupa-lupa (ikan)BiologiTiada1. Pundi renang dalam ikan.,2. Pendilatan talus yang berongga dalam bladderwrack.
1234

Kembali ke atas