Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist air yg tidak mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liat (adjektif)
1. Bersinonim dengan boleh dilentur: liut, kenyal, anjal, gayal, ulet, jegang, alot,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tabah, cekal, nekad, ulet, tahan hati, tidak berganjak, tetap hati, tunggang hati,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan payah, susah, sukar, enggan, segan malas, sungkan, celika, ogah, ewa, wegah, lundung,
Berantonim dengan rajin

Kata Terbitan : keliatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hard waterair liatKimiaTiadaAir yang mengandungi garam kalsium dan garam magnesium, dan tidak mudah membentuk buih apabila ditindakkan dengan sabun. Terdapat dua jenis air liat, iaitu air liat sementara dan air liat kekal. Lihat juga air liat kekal, air liat sementara.
temporary hard waterair liat sementaraKimiaTiadaAir liat yang terbentuk kerana kehadiran kalsium hidrogen karbonat dan magnesium hidrogen karbonat terlarut. Air liat jenis ini dapat diubah menjadi air lembut melalui pendidihan. Air liat terbentuk apabila air hujan bergabung dengan karbon dioksida di udara lalu membentuk asid karbonik lemah; asid karbonik lemah pula bertindak balas dengan batu-batuan karbonat (seperti batu kapur) lalu membentuk kalsium hidrogen karbonat yang larut di dalam air.
permanet hard waterair liat kekalKimiaTiadaAir liat yang terbentuk kerana kehadiran kalsium sulfat dan/atau kalsium klorida, magnesium sulfat serta magnesium klorida terlarut. Air liat jenis ini tidak dapat diubah menjadi air lembut melalui pendidihan. Bagaimanapun, air ini dapat dilembutkan dengan menambahkan natrium karbonat yang dapat memendakkan kalsium karbonat.
hard waterair liatBiologiEkologiAir yang mengandungi ion kimia, seperti kalsium, dan magnesium. Air liat tidak dapat menghasilkan buih dengan sabun kerana ionnya bertindak dengan sabun lalu membentuk mendakan. Oleh itu, air ini memerlukan banyak sabun untuk menghasilkan buih. Setengah-setengah bahan kimia perosak akan mengumpul dan mengendap apabila dimasukkan ke dalam air liat.
water hardnesskeliatan airKimiaTiadaKeadaan air yang mengandungi garam terlarut seperti kalsium dan magnesium. Terdapat dua jenis keliatan, iaitu keliatan sementara dan keliatan kekel. Lihat juga air liat kekal, air liat sementara.
hard waterair liatFizikTiadaTiada
hard waterair liatKomunikasiTiadaTiada
hard waterair liatPerikananTiadaTiada
hard waterair liatPertanianTiadaTiada
hard waterair liatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas