emoji | emoji | Komunikasi | Tiada | Tanda, lambang atau ikon bergambar yang digunakan dalam komunikasi elektronik seperti teks mesej, e-mel dan hantaran dalam media sosial untuk menzahirkan emosi pengguna bagi menyampaikan maklumat dengan ringkas. Emoji terdapat dalam pelbagai jenis rupa, iaitu air muka, objek, tempat, cuaca dan haiwan. |
idiom | idiom | Kesusasteraan | Tiada | Cara untuk melahirkan atau menyatakan sesuatu yang khusus berkaitan dengan sesuatu bahasa. Kadangkala cara penyampaian bersifat tidak gramatis dan tidak logik. Sesuatu idiom amat sukar untuk diterjemahkan secara literal ke dalam bahasa lain kerana maknanya tidak berkaitan dengan perkataan yang digunakan. Contohnya, dalam simpulan bahasa seperti �air muka�, �buah hati�, �kaki bangku�, �bawa diri�, �kaki ayam� dan lain-lain. |
pleuston | pleuston | Sains Marin | Tiada | Organisma yang hidup di lapisan permukaan tipis antara muka air-udara sebagai habitatnya. Organisma ini mempunyai daya apungan yang menonjol di atas permukaan air laut, seperti beberapa spesies ubur-ubur dan pencakar air. |
benthic-pelagic coupling | gandingan bentik-pelagik | Sains Marin | Tiada | Zon antara muka sedimen-air yang merupakan kawasan berlakunya proses kitaran semula nutrien. Zon ini menerima pelbagai bahan organik dan bukan organik yang mendap dari zon pelagik di atasnya seperti plankton mati, bahan buangan, bahan organik dan detritus yang akan menjalani proses penguraian secara biologi atau kimia dan dikitar semula. Kitaran ini sangat penting kepada produktiviti sesuatu perairan. |
epibenthos | epibentos | Sains Marin | Tiada | Organisma bentik (bentos) yang hidup di bahagian permukaan sedimen dasar laut atau di kawasan antara muka sedimen-air. Epibentos biasanya melekat pada permukaan sedimen, batuan dasar atau cangkerang. Contohnya, rumpai laut, span, timun laut, teritip dan sebagainya. |
shoreface | muka pesisir | Sains Marin | Tiada | Kawasan sempit, zon curam condong antara had laut di pantai pada air yang rendah dan zon luar pesisir yang hampir mendatar. |
Fresnel equation | persamaan Fresnel | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Persamaan yang menerangkan pantulan dan penghantaran cahaya yang menimpa antara dua muka yang berbeza media optik seperti udara dan air. Persamaan Fresnel boleh diungkapkan sebagai: dengan Ts = pembelauan, Rs = pantulan, n1 = indeks belauan (medium 1), n2 = indeks belauan (medium 2), ?i - sudut pantulan atau sudut tuju dan ?t = sudut penghantaran |