extraction solvent | pelarut pengekstrakan | Herba | Tiada | Pelarut yang digunakan untuk mengekstrak juzuk yang diperlukan daripada herba. Air tulen dan alkohol digunakan untuk menghasilkan sediaan ekstrak herba. |
electrodialysis | elektrodialisis | Kimia | Kimia Analisis | Teknik pemisahan elektrolit daripada larutan koloid oleh suatu medan elektrik di antara dua elektrod di dalam air tulen yang terletak di luar dua membran dialisis yang mengandungi larutan koloid itu. |
genuine herbal preparation | sediaan herba tulen | Herba | Tiada | Sediaan herba tanpa eksipien. Sediaan yang berbentuk lembut dan cecair mungkin mengandungi pelarut pengekstrakan seperti air dan alkohol. Contohnya, ubat periuk dan jamu. |
fraction | fraksi | Herba | Tiada | Campuran komponen yang dipisahkan daripada bahan mentah melalui proses pemfraksian. Fraksi yang terhasil adalah separa tulen. Contohnya pemisahan fraksi larut air daripada bahan mentah akar tongkat ali. Lihat juga pemfraksian. |
fraction | fraksi | Herba | Pemiawaian | Campuran komponen yang dipisahkan daripada ekstrak mentah melalui proses pemfraksian. Fraksi yang terhasil berbentuk separa tulen. Contohnya, pemisahan fraksi larut air daripada ekstrak mentah akar tongkat ali (Eurycoma longifolia). |