hydrogel | hidrogel | Farmasi | Farmaseutik | Jaringan rantaian bahan polimer semula jadi atau sintetik yang mudah larut air, yang tinggi kadar serapan airnya (99.9% kandungan air). Bahan ini memiliki sifat kelenturan yang hampir sama dengan tisu semula jadi disebabkan jumlah kandungan airnya. |
watercourse see also stream; river; current | laluan air lihat juga aliran; sungai; arus | Hidrologi | Tiada | (1) Alur semula jadi atau buatan yang airnya mengalir secara berterusan atau berjeda (misalnya, bermusim). (W) (2) Aliran semula jadi yang tidak keseluruhannya bergantung pada air permukaan yang terdekat, dan mengalir di sepanjang dasar di antara dua tebing yang jelas atau melalui lekukan (misalnya, jurang, paya) di sekelilingnya. Ia mempunyai bekalan air yang tetap dan kekal atau berkala dan mempunyai arus nyata ke suatu arah yang khusus dan meluahkan airnya di suatu titik tertentu ke dalam badan air tenang atau air mengalir (tasik, sungai besar, laut) atau menghilang ke bawah tanah. (W) |
holomictic lake | tasik holomiktik | Geologi | Tiada | Tasik yang airnya beredar secara lengkap dari atas ke bawah. |
polymictic lake | tasik polimiktik | Biologi | Ekologi | Tasik yang airnya sentiasa mengalami percampuran nutrien atau mempunyai jangka masa takungan yang sangat pendek. |
perennial stream | sungai saka | Landskap | Tiada | Sungai yang airnya sentiasa mengalir dan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. |
impounding reservoir | kolam takungan | Geografi | Tiada | Sungai yang aliran airnya disekat bagi tujuan bekalan air atau pengawalan banjir. |
fractured medium | medium retak | Geologi | Tiada | Medium telap yang airnya terdapat di dalam rangkaian rekah bersilangan, terdiri daripada lubang-lubang pipih dan tubular. |
fractured medium | medium retak | Geografi | Tiada | Medium telap yang airnya terdapat di dalam rangkaian rekah bersilangan, terdiri daripada lubang-lubang pipih dan tubular. |
bitter lake | tasik pahit | Geografi | Tiada | Tasik garam yang airnya mengandung bahan sulfat kalsium yang tinggi tetapi kandungan karbonat dan klorida yang rendah. |
patriot | patriot | Sejarah | Tiada | Orang yang sangat cintakan tanah airnya dan sedia mempertahankan atau memperjuangkan kebebasan atau hak negara. |