Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Runkel rationisbah RunkelBuluhTiadaPetunjuk bagi menentukan kualiti gentian untuk penghasilan pulpa dan kertas. Nilai nisbah Runkel kurang daripada 1 akan menghasilkan pulpa dan kertas yang berkualiti. Nilai nisbah ini ditentukan sebagai dua kali ketebalan dinding gentian dibahagikan dengan diameter lumen gentian. nisbah Runkel = (2 x ketebalan dinding gentian)/diameter lumen gentian
preferential votingpengundian keutamaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang memerlukan satu wakil dari satu kawasan tetapi memberi peluang kepada pemilih menyenarai calon yang disukai menurut keutamaan pengundi berdasarkan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Calon pertama yang mendapat undi tertinggi melepasi 50%+1 undi akan dianggap pemenang dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti sedemikian maka calon yang mendapat undi yang tercorot akan terkeluar daripada pemilihan dan kertas undi beliau akan disemak dan seterusnya calon yang menjadi pilihan kedua dari kertas ini akan mendapat undi tersebut. Daripada pengumpulan undi ini, calon yang melepasi majoriti seperti di atas yang akan menang. Proses tersebut akan berulang sehingga pemenang diperoleh. Sebagai contoh, Australia mengamalkan sistem pengundian keutamaan ini dalam pilihan raya mereka.
covert storage channelsaluran storan terselindungTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSaluran rahsia yang menggunakan proses penguncian fail, iaitu hasil daripada pengubahsuaian fail untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Perisian pelayan pada komputer sumber akan menyiarkan binari 1 dengan mengunci fail dan menyiarkan binari 0 dengan melepaskan kekunci fail. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, fail ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang.
confined electronelektron terkurungFizikNanoteknologiKeadaan elektron yang terkurung di dalam perigi keupayaan berdimensi 0, 1, 2 atau 3 dengan saiz dari 1 nm - 100 nm. Jika saiz dimensi ini sama atau lebih kecil daripada jejari eksiton, sekitar 10 nm, elektron ini akan mengisi aras tenaga yang diskret. Contohnya, elektron yang terkurung di dalam bintik kuantum, nanotiub, nanowayar, dan nanorod.
diffusion coefficentpekali pembauranKimiaKimia Analisis1. Pernyataan keupayaan pembauran suatu zat terlarut di dalam fasa bergerak (dalam teknik kromatografi). Keupayaan atau kadar pembauran yang tinggi dalam fasa bergerak akan menyebabkan jalur zat terlarut terserak secara paksian di sepanjang turus dan ini mengakibatkan pelebaran puncak. 2. Berat sesuatu bahan dalam gram yang tersebar dalam kawasan seluas 1 cm persegi dalam satu saat dalam unit kecerunan kepekatan.
cognitive stageperingkat kognitifSains SukanBiomekanik1. Peringkat keupayaan motor pada tahap awalan atau tahap kemahiran rendah. Pada peringkat ini, atlet mula mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan dan akan cuba mengenal pasti secara keseluruhan konsep kemahiran motor. Mereka akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada persekitaran latihan atau permainan, kemudiannya diubah suai mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. 2. Pencapaian kemahiran motor peringkat permulaan berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner.
portfolio reinsurancereinsurans portfolioinsuransTiada1. Pemindahan portfolio seseorang insured melalui sisen reinsurans. 2. Reinsurans yang reinsurer akan menanggung peratusan daripada keseluruhan perniagaan syarikat mengesid sama ada untuk kelas tertentu atau kesemua kelas.
employee insuranceinsurans pekerja pentinginsuransTiada1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. 2. Dalam insurans kesihatan, istilah ini digunakan juga untuk menunjukkan Insurans Gaji Berterusan atau pelan faedah perubatan yang dibayar kepada pekerja penting dengan premium dibiayai sepenuh atau sebahagiannya oleh majikan.
superzapsuperzapTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Perisian utiliti sumber terbuka yang digunakan melihat kandungan fail dalam bentuk ASCII, EBCDIC atau HEX. 2. Kaedah penggodaman, iaitu pengguna hasad akan menggunakan perisian penyunting HEX untuk mengekstrak kekunci atau nombor siri daripada suatu perisian, ataupun membuat perubahan terlarang terhadap data dalam suatu perisian tanpa perlu melalui ciri perlindungan perisian tersebut.
expansion tanktangki pengembanganKejuruteraan AutomotifEnjin1. Tangki yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan pendingin akibat pengembangan kerana dipanaskan oleh enjin. Apabila enjin menjadi sejuk, bahan pendingin akan mengecut dan mengalir semula ke radiator. Tangki ini dihubungkan dengan radiator oleh sebatang hos. Tekanan dalam tangki ini menjadi tinggi, iaitu sama dengan tekanan dalam radiator apabila enjin beroperasi dan tekanan ini dikawal oleh tukup tekanan. 2. Tangki tambahan pada tangki bahan api dalam beberapa jenis kenderaan yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan api akibat pengembangan.
123

Kembali ke atas