dystopia | distopia | Kesusasteraan | Tiada | Dunia rekaan akan datang dalam fiksyen atau satira yang mencemaskan dan tidak menyenangkan pembaca. Contoh dunia distopia ditemui dalam karya bentuk fiksyen sains dan satira moden. Contohnya dalam The Time Machine (1895) oleh H.G. Wells dan Nineteen Eighty-Four (1949) oleh George Orwell. Lihat juga antiutopia. |
eugenics | eugenik | Perubatan | Tiada | Kajian tentang perancangan penghasilan kualiti manusia yang lebih baik mutunya untuk generasi akan datang, melalui prinsip keturunan. |
decontexualised language | bahasa luar konteks | Pendidikan | Tiada | Bahasa yang digunakan untuk merujuk kejadian dahulu atau masa akan datang pada perkara abstrak ataupun perkara-perkara di luar konteks pengucap. |
guaranteed insurability | penginsuransan terjamin | insurans | Tiada | Opsyen dalam kontrak Insurans Hayat atau Kesihatan yang membolehkan insured, pada masa akan datang, membeli insurans tambahan dalam tempoh yang telah ditetapkan tanpa menunjukkan bukti penginsuransan. |
epidemiology | epidemiologi | Kejururawatan | Tiada | Kajian berkaitan dengan penyakit dengan tujuan untuk mencari cara mengawal dan mencegah pada masa yang akan datang. |
emerging technology | teknologi memuncul | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi yang sedang membangun atau dijangka tersedia dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang. |
public awareness | kesedaran awam | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pemahaman terhadap pentingnya persekitaran dan keperluan untuk melindunginya bagi kelestarian pada masa akan datang. |
preventative action | tindakan pencegahan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tindakan yang diambil untuk menghalang kebarangkalian kejadian yang tidak diingini daripada berlaku pada masa akan datang. Tindakan pencegahan dikenal pasti dan diperoleh daripada cadangan audit dalaman atau aduan pelanggan. Tindakan ini merupakan proses proaktif untuk menambah baik dan memberi respons pantas terhadap masalah atau aduan. Tindakan pencegahan melibatkan kajian semula prosedur operasi, analisis data, trend dan risiko serta keputusan pengujian kecekapan. |
prospective future service benefit | faedah khidmat masa hadapan prospektif | insurans | Tiada | Bahagian faedah persaraan peserta yang berkaitan dengan tempoh perkhidmatan akan datang yang akan dikreditkan selepas tarikh yang ditetapkan. |
energy storage | storan tenaga | Fizik | Nanoteknologi | Sistem untuk menyimpan suatu sumber tenaga yang tidak kekal kepada bentuk tenaga kekal bagi kegunaan pada masa akan datang. Contohnya, tenaga sinaran matahari disimpan sebagai tenaga kimia dalam. |